Sunday, December 23, 2012

.them.

assalamualaikum.. =]


hoi
hei

final exam dah nak start
dan aku balik rumah tanpa rasa bersalah.
HAHA
lantaklah apa orang nak kata
yang pasti aku tahu sebab aku.


aku cuma rasa rugi kalau aku tak balik
angah dan akak aku balik.
bila lagi nak kumpul ramai-ramai
takkan nak tunggu raya je..
sedihnya.



alaaa
study week ada seminggu..
apa salahnya aku balik 2-3 hari untuk meluangkan masa dengan keluarga.
kan?
sila sokong.




ok. dah lama tak update kosong macam ni.
heheh




sebab aku nak update tapi takde topik pulak.
hati gua senang.





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Friday, December 14, 2012

mulut kene ada guard





boleh keluar
boleh tak keluar
upah sorang jaga
kalau lulus
boleh keluar
jangan bagi keluar aje semua
kalau tak cukup spok check
boleh bikin kacau
boleh bikin retak
boleh bikin lumat
boleh bikin calar

hati gua.

dengan kata-kata yang keluar dari mulut kau.






sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Friday, November 9, 2012

nasihat ke




lelaki kannn..

korang kannn..



janganlah lambat sangat make a move...





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Wednesday, October 24, 2012

spekulat.see?




yakin je kau.
yakin je ape yang kau pikir tu betul kan?
yakin je kau bercakap.
yakin je mengatakan kesilapan orang.
yakin je kau itu sebabnya die buat macam tu.
yakin je cara kau betul. 
yakin je kau tahu apa yang berlaku.
yakin je kau menghukum orang.
yakin je kau tahu apa dia rasa.
yakin je kau.


kau tak rasa pun apa yang dia rasa.
yang kau tahu adalah buat spekulasi sendiri.
based on your own feeling.
perasaan kau.


rasa dia? ada kau fikir. takde.
kalau ada kau fikir pun, masih kau takkan dapat rasa.
rasa takkan sama.sebab kau tak lalui.
tahniah sebab hidup kau indah sebiru langit.
lalu tak fikir hidup dia yang keruh semendung awan.





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Sunday, October 21, 2012

.fungsi kau.




#WeAllGotThatOneFriend who's always ruin our mood.
#WeAllGotThatOneFriend who's totally annoying. sometimes.
#WeAllGotThatOneFriend that we tend to hate.

...bila kita tak berukhuwah kerana Allah Taala.






“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


aku ada ke kawan macam ni ea? tak sure. mungkin ada yang sipi sipi sahaja. mungkin ada yang sepenuhnya begitu. tapi yang tak rapat dengan aku. aku sendiri pun bukan seorang kawan yang macam tu.




sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, September 15, 2012

aku pon baikkkkkkkkkk!

assalamualaikum.


huh. nak start menulis ni bapok lah payohnye habaq hang. haha malas gilee nak update.. tapi, pakse diri jugak.



___________________________________________


[hayati gambar di bawah]









hehe jangan gelak ea melihat lukisan aku yang penuh seni kat atas tuu..
hmm anda pernah ke mengalami situasi di atas?
kalau pernah, anda yang mane satu?yang dipuji ke yang tak dipuji?
=)



topik aku sekarang ni adalah orang yang tak dipuji tuu..
yang memendam rasa.


ape yang aku boleh cakap adalah; chill lah.
memang rasa itu agak sadis. tapi cube kita ingat balik ape consequence nye pujian?
tak rasa ke pujian boleh menimbulkan rasa bangga atau riak?



mungkin Allah dah tetapkan, sipolan bin sipolan ni akan jarang2 je dipuji untuk lindungi die dari perasaan riak. subhanAllah =')



biarlah manusia tak nampak kebaikan kite. biarlah kita jarang dipuji manusia.
yang penting? pujian dalam kalangan para malaikat dan Allah swt. :) tak gitu?




dan. baru je tadi..aku terjumpa satu ayat ni :

“Don’t do deeds so that you can be mentioned, rather hide your deeds just as you hide your sins.”



:] la tahzan.



orite. got to go. 







sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Tuesday, August 14, 2012

wordless wednesday dibawa ke hari ini.









ok. i'll bear that in my mind. =l


Photobucket


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Monday, August 13, 2012

behind the fun.

salam ahad :)


jam 7:34 pagi.


tiba-tiba aku dapat satu idea untuk update blog di pagi yang indah ini. alhamdulillah masih diberi nafas olehNya.



hmm..tadi ade borak pasal novel sikit dengan sorang kawan aku ni. die laki. haha bukan senang nak jumpe laki minat novel kan? tapi normal, sebab novel yang die minat adalah novel2 karya hlovate.
sape tak kenal hlovate? huhu rugilah kalau tak baca karya si hlovate ni.. aku pernah beberapa kali kot tulis entri pasal novel hlovate.. and yes. i'm one of her big fan.



tapi sekarang ni, aku bukan nak buat bedah novel. bukan nak sarankan baca mana-mana novel ke. tapi terasa nak menegur sikit. tak payah pergi jauh, tapi lebih kepada menegur diri sendiri sebenarnya.




semua orang sibuk dok cakap novel hlovate bes gile. sempoi. dakwah sampai. novel islamik yang dekat dengan pembaca. blablabla~



tapi. persoalannye, kite amik port tak nilai2 baik yang kite bace dalam novel tu?



contoh :


dalam semua novel die, mesti watak gadis tu pakai tudung dan menutup aurat dengan baik. dalam 5 tahun 5 bulan, sebagai orang gaji yang duduk 24 jam dalam rumah tu, aurat tetap aurat. then, pembaca2 novel hlovate ni, ikut tak cara watak tu? atau sekadar baca dan hanya enjoy part kelakar and jiwang?? bab-bab aurat still aci main redah je?






next, dalam beberapa novel die jugak seperti versus, rooftop rant dan contengan jalanan, die selalu menerapkan sikap bangun qiamullail. again, pembaca-pembacanya, amalkan tak? dalam contengan jalanan, Hlovate siap selitkan kind of mutabaah amal untuk para pembaca. (mutabaah amal adalah catatan harian or check list ibadah kita setiap hari) do we even care that?? ataupun, dah abes baca, just ingat part2 yang cool. huh? ataupun rasa sedar sekejap. and then teruskan kehidupan yang ''kosong'' ?






lagi, pergaulan lelaki dan perempuan. takde langsung dalam semua novel die cakap pasal couple. LANGSUNG. mostly, mesti si hero akan cakap dengan wali or family terus untuk pinang si gadis. that's the best way kan? tapi tapi tapi, readers semua ikut ke cara tu?? hmm tepuk dada, tanya iman. tak payah lah couple. boleh?






banyak lagi sebenarnye nilai-nilai baik yang lain yang kite boleh jumpe dalam novel hlovate ni.. tapi i better stop here lah. pointnye sekarang, aku cuma nak kita semua sedar je..aku rasa niat hlovate sendiri tulis novel tu untuk kite amik port dalam islamic values yang die selitkan..tapi kebanyakan kite just enjoy part yang fun je. part ayat2 hlovate yang catchy je.huhu tak salah, tapi main pointnye jangan lah kite ignore. ye dop? sama-samalah kite  scan diri.



sekali lagi nak cakap, ini peringatan untuk diri aku jugak. yang menulis ni lah yang first baca entri ni. so, patutnye memang pengaruh besarnya adalah kepada aku.




banyak yang kene batang hidung sendiri.





Photobucket


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Sunday, August 12, 2012

am i a loser?

assalamualaikum.

=)


hahaha lupekan pasal the other side of akoo kat last post tu. biasalah, ada masa kita tingtong kejap kan? ehee




______________________________



sekarang ni musim olimpik..and bapak aku of course pengikut setia lah bab2 sukan ni.. aku tengok, macam dah takde channel lain. dia asyik layan olimpik je. ohmann~ semalam die tengok bola. brazil kut lawan kalau tak silap. bowwringgg~ HAHA



smiley faces


nak tahu tak satu sebab aku seteress tengok bola?


sebab,


tengah-tengah tengok, GOLLLLLLLLLLLLLLL ! \o/ aku bertepuk tangan kegirangan.
but then, dengar bapak aku cakap, ''off-side tadi tuu''..



...


aku macam,




smiley faces
whatthefishh off-side is??





serius. sampai sekarang aku tak faham off-side tu camane. loser ek?




oleh itu, bila tengok bola, aku suka diam. bila orang dah konpem bersorak, baru aku join. HAHA kalau tak, memalukan diri sendiri. hoh





Photobucket


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

the other side. [this is not me.]



wow. kau sangat hebat.



tahniah.




anda memenangi anugerah ''peng'ignore' terhebat''
untuk tahun ini? bukan. untuk selamanya.




keep on ignoring me. woohoo!



aku memang cakap ngan dinding pon.
Photobucket


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Friday, August 10, 2012

random.




[texting]

aisyah : adam,





adam : ye aisyah?ade ape?





aisyah : err..nothing.

(just want to check whether u still save my phone num) 0.o






sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Thursday, August 2, 2012

kau


knape aku rase annoyed kat seseorang nihh






aku rase kau gedik.boleh?


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

penat.

memanglah nak cepat siap.

tapi kalau mende detail memanglah kene lambat sikit

tolonglah paham.

buat keje 2 kali, useless dowh.



mood = penat.

penat jiwa


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

amik kau

bila aku buat blog macam twitter, sehari, aku taip 5 entri.


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

takyah baca pun takpe

bile aku mula buat muka ketat.


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

tutup telinga

bile aku dah start pakai earphone dua2 belah.

tu maknenye aku tensen.


sangat jarang kot, aku pakai dua2 belah.


rase taknak dengar suara sape2 pon


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

I REALLY MEANT IT.

when people dont want to understand others.

feel like they always right.

only they are the right one, huh?


i hate those people.

T.T



BILE AKU DAH SPEAKING.


makk


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

makk

mood rosak.

nak ngomel kat twitter dah kurang privacy.

facebook apetah lagi.


bajet bagus.kau.


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, July 14, 2012

lihat D Sabtu #1

assalamualaikum =)

tadi naik teksi.
pakcik teksi tu bawak teksi sambil pegang tasbih.
wow kan?

=')






sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Tuesday, July 10, 2012

aku ada laki alim. kau ada? -,,-

assalamualaikum.


mood blogging dah campak dalam laut. camaneeee? @.@

huhu blogwalking pon tak, memang takde orang lah nak kunjung ke teratak gua nih.

hmm


nak bebel pasal ape ea?



_________________________________



sekarang memang trend upload segala jenis gambar kahwin kat laman soSIAL ea?

tak cukup dengan gambar, video pon ade. save the date la bagai~~

huhu aku tak tau kenapa aku tak boleh terima. dulu aku rasa ok je, tapi lama-lama, rasa..........nak muntah??huhu boleh? ntah. bagi aku macam.. err perlu kee?kau nak tayang segala mende kat public. niat kau? motiffff???

nak orang puji2? nak satu dunia cakap korang sweet? eeeuww. itu sangat karut. tapi mungkin ada niat baik kann..emm itu aku tak tahu. takpelah. selagi tak ganggu hidup aku ek? tapi rasa terganggu gak sikit sebenarnye. rasameluat. HAAHA jahat ke ayat aku? okbai.


apa aku kesah.blog aku.








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, July 7, 2012

akoo kembali?

assalamualaikum.


ada orang rindu akoo lah~ \o/

=p


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Friday, March 16, 2012

dengar sini orang-orang kampung (fes time buat tajuk panjang) =p

assalamualaikum.


dengan ini saye isytiharkan, blog ni akan dibubarkan. huu



siyes2.





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, March 3, 2012

.untung ah.

assalamualaikum.



















cantik lah neelofa ni. (bg aku bile pakai tudung)


logik la ramai laki minat. eh, tapi akak aku pon minat. hehe









err..motif post?
haha tak tau! 








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Thursday, February 23, 2012

.do like me.

assalamualaikum :)




anonimosa : suke lah aku dengan si A tu.. baik je.. sejuk hati memandang. sejuk lagi bahu memikul.


anonimosi : betul2.. dia rajin tolong aku.. ringan tulang budaknya..


anonimosu : ek? aku tak suka lah! kadang-kadang dia macam annoying. berbulu tekak aku.


anonimoso : a'ah.. mulut banyak dia tu..rimas lah.



_______________________________________________




tak semua orang suka kita kan?
susah nak puaskan hati semua orang.



hari tu, akak naqibah aku ada cakap, antara cara untuk baikkan hubungan dengan orang yang benci kita adalah dengan memberi hadiah.[ikut kemampuan] Akak naqibah tu cerita, ustaz dia, suka sangat bagi hadiah kat orang yang benci dia, sekali dengan orang yang tak benci dia. huhu. bagus kan?



selain tu, aku rasa,  bila orang dah benci tu, mestilah ada jugak silap kita kat mana-mana kan? so, why not kita ubah perangai kita. ubah part yang orang tak suka tu. kalau orang rimas dengan mulut kita yang terlalu potpetpotpet or ''terlebih ramah'' , cuba kurangkan lah. [itu contoh]. no offense =)








p/s-aa..maaf~ aku kat u ni susah nak luangkan masa sangat dengan blog.











sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Sunday, February 19, 2012

siapa anonymosah?

assalamualaikum.


___________________________________________________________

nama : anonymosah 
lagu fevret : buat aku tersenyum - sheila on 7
hobi : baca novel, tidur, melalak
novel fevret : segala yang cintan, leleh, dan karat.


haloo. nama aku anonymosah. aku seorang yang cool. sebab itu, ramai orang berebut-rebut nak kawan denagn aku.

lagu fevret aku adalah buat aku tersenyum by sheila on7 . lagu tu sangat sweet.aku selalu terbuai-buai dengar lagu tu. terasa di awang-awangan. besnye kalau ade laki kacak nyanyi lagu tu untuk aku. sebenarnya, banyak lagi lagu yang aku suka. tapi jenuhlah kalau aku nak senaraikan semuanya dalam ni. and yes! akulah pencinta muzik.


hobi aku, baca novel atau pun tidur ataupun melalak. dan lain-lain aktiviti mengikut mood. setiap kali ada waktu terluang, aku akan mencapai novel. takpon, kalo takde novel, tidur pon sedap. melalak tu takyah cakap lah. kadang-kadang aku rasa suara aku macam shila amzah. so, boleh dikatakan, ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang aku boleh lakukan sebagai hobi bila-bila masa aku terluang.


muka aku memang orang dah label muka gila novel. sebut je novel ape. semua dalam kepala aku. lagi-lagi yang jiwang tahap ke lapan. tu memang makanan aku. alangkah indahnya kalau hidup aku pun hepi ending macam dalam novel-novel yang aku dah baca. waaah~



_________________________________________________________


nama : aisyah
lagu fevret : tak pasti
hobi : tak pasti
novel fevret : tak pasti


assalamualaikum. nama aku aisyah. aku biasa-biasa je. masih mencari identiti diri, mungkin. kawan sejati, ntahla. susah nak jumpa. mungkin ada. bagi aku, kawan sejati tu kawan yang kita boleh cari dia bila-bila masa kita nak. tak kira susah senang. tapi, sekarang aku rasa kebanyakan kawan aku, untuk main-main, boleh la ajak dia. tapi bila datang part nak beramal, berdakwah, menambah pahala, susah. aku kena cari orang lain. so, maknanya mereka-mereka itu bukan kawan sejati aku. masih mencari.


erm.  aku tak tahu la sejak bila; aku tertunggu-tunggu nak dengar azan berkumandang. bila azan, sebolehnya, aku stop melakukan apa pun. aku memandang ke luar tingkap sambil menghayati azan. serius. tenang sekali. menusuk ke dalam jiwa. aku turut serta menyanyikan azan itu dengan menjawab azan. adakah azan tu boleh dikatakan lagu fevret aku?


dalam pukul sebelas tengah hari, kalau aku tengah tiada kelas, aku meringankan diri untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. sebelum tidur, kalau aku terasa susah nak pejam, aku bangun, ambil wuduk dan solat sunat. di setiap solat fardhu pula, aku sertakan sekali solat sunat rawatib. adakah solat sunat itu boleh dikatakan hobi?


setiap kali selepas solat, aku melatih diri aku untuk membaca Al-Quran. selepas subuh,zohor, asar, maghrib, isyak. hanya beberapa helai. dalam masa yang sama, baca translatenya sekali. supaya aku paham dan menjiwai Al-Quran. paling sesak pun, aku cuba untuk baca juga ayat Al-Quran walaupun satu ayat dalam sehari. adakah Al-Quran itu boleh dikatakan novel fevret aku??






__________________________________________








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, February 18, 2012

style dowh.

assalamualaikum.



ramai betul aku tengok laki pakai seluar londeh.

sampai nampak apa yang tak sepatutnya dinampak.




http://www.emocutez.com

err..perlu ke pakai macam tu??


nak cakap style, aku rase tak menarik untuk dilihat pon. (?)


memalukan, ada lah kot.




think before u act.




*sebenarnya tak tau nak update ape. tp anip soh aku update. =p






sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Tuesday, February 14, 2012

.soalan random.

assalamualaikum ..


kite selalu dengar ayat : 

pempuan tak payah belajar tinggi-tinggi sangat lah, nanti dok ceruk dapur tu jugak.
Tuzki Bunny Emoticon

ek??

haha


aaa..

soalan untuk perempuan : korang taknak keje ke bile dah kahwin??


soalan untuk lelaki : korang taknak bagi bini korang keje ke nanti??





jawapan aku : err..aku keje je kot..lame sikit, baru stop. haha tak pon, bile dapat anak, aku stop lah keje. @.@ ntah la. tak tau sebenarnye..hee tu yang nak tanye pendapat korang ni.. =)






*btw, lupekan pasal lepas geram di post sebelum ni.. aku takdelah geram sangat sebenarnye.heheh









sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Sunday, February 12, 2012

tak payah nak tajuk sangat lah

assalamualaikum.


stop making your friend like ''kuli''.
there's different between ''mintak tolong'' and ''buat jadi kuli'' u know.serius.


i hate waiting.



mode : lepas geram.


sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Monday, February 6, 2012

sudah tiada, baru terkenang.

assalamualaikum.


alkisah~ si abdul suka membawa lemang sebagai buah tangan apabila berkunjung ke rumah si ahmad iaitu abang iparnya. tiba-tiba suatu hari, Ahmad bersuara ,


Ahmad : lemang ni sedap makan masa raya kan?


si abdul hanya mendiamkan diri. dalam hatinya hanya Allah yang tahu. sedikit kecil hati di situ.



selepas dari itu, abdul tidak lagi membawa lemang apabila bertandang ke rumah ahmad. 



Ahmad : takde dah si abdul tu bawak lemang ye sekarang..hmm

isteri Ahmad : tu laa.. lain kali jangan ditegur macam tu..




_______________________________________________


haha ni kisah benar wei. kelakar.
tapi ada maksud, ade pengajaran.


mak aku pesan, kalau tak suka ke apa ke, jangan cakap dekat orang yang bagi tuu. kite tak tau ape die rasa..kalau tak suka, diam je. taknak makan , sudah. huuhu








*esok balik uia :'(





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Sunday, February 5, 2012

biar tak cantik, asal tak malas

assalamualaikum.



hari ni hari ahad. abang aku balik ke UM hari ni. bas die pukul 10pagi tadi. 



aku bangun awal. lepas subuh dah tak tido. aku takut kalau aku tido, aku bangun lambat. terlepas nak babai and salam abang aku.



so, aku layan movie kat laptop. tibe-tibe pukul 8 lebih, bateri laptop dah low. aku malas nak turun katil dan memasang charger.



aku bertindak menekan butang hibernate dan letak laptop tepi katil. 



cuaca yangg sejuk sangat menyelesakan aku yang tengah berselubung. tiba-tiba, aku membaringkan diri.wahh..sedapnya..



aku mengunci alarm di handset pukul 8.45 untuk bangun dan mandi. malangnya, aku terus bermalas-malasan atas katil.



pukul 9.00..hmm malasnya nak bangun. jap lagi lah.





pukul 9.15, tak nak mandi dulu lah. lepas padil pergi baru mandi. so, boleh rilek lagi..





9.30 .... awal lagi. stesen bas tu dekat je..mesti abang aku tak pergi lagi ni..



tertidur~




9.45 ... aku mamai2 kut.



pastu aku tertidur semule.





terjaga betul2, dah pukul 10!! =.='




aku keluar bilik. pergi usha bilik abang aku. dah kosong. macam orang bodoh. dah sah2 laa abang aku dah pergi.. basnye dah jalan kut




aku nangis.




yang kau tidur balik sape suruhhhhhhh!




hari tu time angah aku balik, macam tu jugak.huu aku teruk.





tapi..

tak boleh ke ketuk bilik aku dulu sebelum balik ..? =(





sedih.




motif ? saya sayang abang saya.hahah poyo.

motif, jangan malas charge laptop. grrr




sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, February 4, 2012

sambungan biniku sakai



(ini adalah sambungan bagi cerpen ezad [link] )


_______________________________________


aku duduk sendirian di satu sudut.
Tak boleh main sangat dengan minah ni,nanti apa lagi yang dia nak buat untuk malukan aku.




tiba-tiba handset aku berbunyi menunjukkan ada masej masuk. eh?pehal pulak minah hampeh ni text aku?padahal duduk tak sampai 10 langkah kucing dari aku.


''kot ye pon nak lari dari aku, takkan sampai berdiri atas taik lembu pon tak pasan..''


what??! aku terlompat-lompat monyet sambil melihat2 ke bawah tapak kasut aku. 
erk? takde ape2 pon?


cis. dari jauh, aku nampak Myra menggelakkan aku. grrrr..kau memang tak boleh tengok aku tenang kan? yang aku pun satu,pejadahnye ade taik lembu tengah-tengah parti ni..



orang sekeliling aku sakan menggelakkan aku. ''ko pahal??tak penah tengok orang menari ke?'' aku cuba meng'cover'.


sudahnya, aku terus pulang ke rumah tanpa menunggu Myra.


__________________________________


bosannya.

tiba-tiba aku dapat satu idea bijak tahap otak beruk.
aku terasa nak buat prank kat bilik dia.





wah.kemas jugak bilik minah ni..

atas meja solek dia ada satu album gambar. penuh dengan gambar-gambar dia dari kecik sampai besar. takdelah comel mane..hingus bersepai.aku lagi comel mase kecik dulu.




hahhh??!


aku terkejut melihat gambar terakhir dalam album tu. gambar aku dan dia semasa majlis akad nikah kami. aku sungguh terkejut kerana melihat aku yang kacak gila dalam gambar tu. aku tak sangka aku sekacak itu..


aku keluarkan gambar tu. di belakangnya terdapat tulisan Myra, 




kau suami yang menyakitkan hati.
suka sangat mengenakan aku. aku pon selalu kenekan kau.
lama-lama aku rasa aku suka keadaan ni.
kau membuatkan rumah tangga kita lebih meriah. muahaha
i love u.




terlepas gambar tu dari tangan aku.
kedengaran suara orang berdehem di belakang aku. seram. perlahan-lahan aku toleh.
oh. Myra rupanya.
alamak.kantoi! takpe, kontrol macho.


''hoi bila masa kau balik?''




''sama dengan kau lah. tadi aku senyap2 masuk dalam bonet kereta sebelum kau blah sorang2. ni baru berjaya mengeluarkan diri dari bonet''




''oo.tahniah. okbai.''






hari2 seterusnya, aku dan Myra terus begitu. saling mengenakan dan gaduh2 ayam. hepi ever after.


the end.








________________________________________








*alamak, tak cukup merepek macam kau lah ezad.


*aku kena banyakkan practice lagi.














sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Friday, February 3, 2012

.ye dop?

assalamualaikum..


baiklah kawan-kawan..lupakan pasal cerpen.huhu

hari ni, kita bukak tajuk baru.



''nothing is imposibble''


kita selalu dengar ayat tu.
betulkah tiada yang mustahil??



habis tu, macam mana pulak dengan ini :

video
jangan nak cakap malas tunggu loading. 30 saat je ni..



hahah bagi aku, boleh je masukkan semula ubat gigi tu.
cuma, takde lah semua kot..hehe


so, betul lah nothing impossible??



erm..aku rasa, ayat tu tak cukup lengkap sebenarnya.
kita patut tambah :

nothing is impossible if Allah wills it 

tiada yang mustahil kalau dengan izin Allah.



tadi, aku search lah pasal ni..
pastu terjumpa satu blog.. *tapi blog indon.huhu
dia ada tulis entri ''benarkah nothing is impossible''
aku pun bacalaa..



dia bagi satu situasi :

Si A mempunyai cita2 dan harapan hendak terbang seperti pesawat terbang tanpa bantuan alat apapun


tak mungkin kan? dah sah-sah kita ni manusia..mana datang nak terbangnya?? kita mana ada sayap.

ek?


err..
boleh je. Dengan izin Allah. 

siyes.


lupe ke, kun faya kun? apabila Allah berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah). Walau tak logik mana pun mende tu.




ok. pokoknya sekarang, aku just nak bagitahu yang pendapat aku, betullah nothing is impossible. (if Allah wills it).



sebenarnya, ayat nothing is impossible tu adalah ayat motivasi kan?
supaya kita berusaha untuk mencapai apa-apa yang kita nak.








aaa.. ok?

:)








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Thursday, February 2, 2012

cerpen : blogger cintan. (cont'd)





     Waah, segarnya badan lepas mandi..bukan selalu aku mandi sesudah subuh macam ni..heehe. Aku buka jendela di bilik aku, menghirup udara segar. Memang nyaman. Fikiran aku menerawang, memikirkan apa yang dah berlaku semalam. Yang aku ingat, bila aku sampai rumah, terus aku mengurung diri dalam bilik. Aku dah tahan diri aku supaya tak menangis, tapi tak boleh. Bagi aku, baik aku menangis puas-puas. Barulah lega sedikit. Selepas itu, aku tidur sepanjang hari, sampailah pagi tadi. Aku cuma bangun untuk solat. Huhh..aisyah,aisyah.. Lamunan aku dikejutkan dengan bunyi handset aku. Ada masej. Aik, sape yang masej pagi-pagi buta ni? Dengan malas aku mencapai handset. Terbeliak mata aku melihat nama yang tertera. Adam?!


Adam :


salam, aisyah..ko ok ke? semalam aku nampak ko dari jauh. aku baru je nak tegur ko, tengok2, ko tengah borak ngan alia. pastu, tibe2 aku nampak ko blah. aku nampak ko kesat mate ko. aku pergi tanye alia, knape ngan ko? die cakap, die pon tak tau. die cakap, ko blah lepas die cite yang aku dah bertunang. betul ke?


Tanpa berfikir panjang, aku membalas, 

Aisyah :

ko pahal bertunang tak bagitau aku? aku ingat kite still besfren? fine.aku dah tak penting untuk ko,kan? ......aku kenal ke pempuan tu??



Adam :

maaflah cah..of cos ko still besfren aku... ko tak kenal die..die anak kawan mak aku. ni pilihan mak aku.. aku tak nak heboh sangat. tunang je kan? kahwin nanti, ko la orang first aku jemput wei.. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan,rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.



ko tak tau ke, aku suke ko??aku ingat ko pon same.. huhh.. aku padam semula masej yang baru aku taip itu.niat aku untuk berterus terang tentang perasaan aku, dibatalkan. astaghfirullahalazim.. apa yang kau fikir ni, aisyahh.. Aku off handset dan campak ke dalam laci. Aku tarik nafas dalam-dalam. Sudahlah, die dah bertunang pun..buat ape aku nak menangis..tak ada guna..


*****************************************




Allah knows what's best.

assalamualaikum.

tak semua yang kite nak, kite dapat.tak semua yang kite suka, baik untuk kita.tak semua yang kita rancang, menjadi.

semuanya terletak pada ketentuan Allah.He knows what's best for us.

semoga aku tabah.semoga kamu bahagia.



p/s- alhamdulillah aku menang GA Mamat Manis.





Dah puas blogwalking, aku bukak FB. Ade masej. from Aiman.


Muhammad Aiman :


salam.. haha cik aisyah, terpikat dengan nama aku lah tu.. ;)
ha, bak sini alamat ko..nak pos hadiah mahal ni....keh2




nuraisyah aisy :


no.3 jalan aman 2 , Kuantan , Pahang.




     Aku malas nak balas panjang-panjang. Takde mood. Dah, logout. Aku keluar dari bilik untuk siapkan sarapan. Kelihatan mak baru siap menggoreng keropok. hmm..sedapnya bau..''nak masak apa ni mak?''. Mak tersenyum, ''nasik goreng aje lah..sebab nasik semalam banyak lebih..''. ''Ok.'' aku segera mengambil alih bahagian masak-memasak. Mak pula mencapai teko. Aroma teh mula menggamit tak lama selepas itu. 


''Kak tih nak balik pukul berape ke kl ni?''


''Jap lagi mak..lepas sarapan ni kut..''


''Laa,kenape awal sangat? paling tidak pun, lepas zohor ke..''


''hee..malas lah mak..lepas zohor, panas'', aku memberi alasan. Padahal aku saja nak cepat-cepat balik ke kl supaya aku boleh sibukkan diri aku dengan kerja di sana.


''hmmm..yelah tu.. Kak tih ingat, mak tak tahu ape jadi semalam?? berkurung dalam bilik, orang ajak makan pon tak mau. Ade la tu, mende yang tak kene tuu''






Alamak. Mak ni...malu aku..huhu aku hanya mendiamkan diri. Malas nak memanjangkan cerita. Lagipun aku ni bukan jenis yang bercerita tentang cinta-cinta ni kat mak aku.








******************************************




     Seperti yang aku jangka, sepanjang sebulan ni, aku memang sibuk tahap kelapan.Maklumlah, pelajar-pelajar ni sedang dalam mood peperiksaan SPM. Aku sebagai cikgu Add-Math diorang memang tumpang kelam kabut. Masa ni lah nak tanya macam-macam soalan. Masa ni lah nak pulun habis-habisan. Teringat pulak aku masa zaman SPM dulu. keh3.. Add-Math adalah subjek fevret aku. Sebab tu lah, aku berazam nak jadi cikgu Add-Math. Aku nak mengubah mind set pelajar-pelajar yang tak suka Add-Math dan rasa subjek itu susah. Alhamdulillah, cita-cita aku tercapai. Dah 2 tahun aku jadi cikgu Add-Math.






     Baguslah aku sibuk..Tak adalah aku nak membuang masa memikirkan perkara sebulan yang lalu tu. fuhh.. Sekarang ni, barulah aku boleh bernafas sikit. Pelajar-pelajar aku dah jawab paper Add-Math semalam. InsyaAllah, semuanya berjaya. Aku memandang sepi laptopku yang dah lama tak berusik. Sengaja aku menjauhkan diri dari melayan blog mahupun fb. Aku terasa mahu menyendiri. Bosan lah pulak. Perlahan-lahan aku menghidupkan laptop. Jemari yang pada mulanya menaip url blog Adam, lantas terhenti. Aku kan nak lupakan dia.. Butang back space kutekan. Bukak Dashboard blog lagi bagus. huu seronok aku tengok bilangan komen yang belum di approve. Aku baca satu persatu dan tersengih. Ada juga yang menyedari 'kehilangan' aku rupanya. Terharu. 






     Aku belum terasa hendak update entri baru. Lalu, aku buka pula fb aku. Hmm...tiada apa-apa yang menarik. Baru sahaja hendak menekan butang logout,tiba-tiba keluar nama Aiman di chating box. Hai..nak ape lagi mamat masam nihh??



Muhammad Aiman : weh.


nuraisyah aisy : mende?


Muhammad Aiman : ko kenape?


nuraisyah aisy : kenapa ape??


Muhammad Aiman :
lame menyepi??entri ko yang dah sebulan tu cam orang patah hati je? balas masej aku hari tu pon heartless je.huhu


nuraisyah aisy : none of  ur bisnes~


Muhammad Aiman : 
....fine.memang la bukan bisnes aku.. tapi... ko nak tau tak, kawan2 aku slalu cakap, aku ni ade bakat terpendam untuk jadi kaunselor tau..heheheh

come on la.. pendam sorang-sorang lagi sakit tau? cepat2 sementara aku takde client ni. muahaha


citer laaa.
citer laaa...


nuraisyah aisy :
huhu sengal lah ko. emm.. ko perasan tak kadang-kadang aku ade tulis entri pasal 'kamu' ?


Muhammad Aiman : 
ha, perasan3..ko memang jiwang.hahah ha, sape 'kamu' tu??

nuraisyah aisy : 
die besfren aku...

aku suke die.hmm. rupenye aku bertepuk sebelah tangan je. tup-tup, aku dengar die dah bertunang. It's really hurt doe.


Muhammad Aiman : oh. pastu ko da ok ke ni?


nuraisyah aisy : dah. err.. *kot


Muhammad Aiman :
hmm.. lek ah. kumbang bukan sekor. die bukan jodoh ko kot.. chill k?


nuraisyah aisy : 
em..tengah rilek la ni. citer tu dah lame. aku dah lupekan. =)


Muhammad Aiman : 
wah, bagus2.. eh tapi aku pelik. daripada penilaian aku, aku tengok, entri2 ko cam ko ni baik je..cam stok2 ustazah je ko ni.. *kecuali entri2 pasal 'kamu' tu laa..heheh aku ingat, stok2 ustazah cam ko ni takde cintan2.. =p


nuraisyah aisy : 
err correction mr.Aiman!


1) aku bukan stok2 ustazah. *but i always try to be in that stok.hhhuhhu


2) ko ingat stok2 ustazah takde hati perasaan ke?? dorang ade jatuh2 hati jugak. cuma, dorang pandai kawal. dorang pandai hindar dari perasaan tu mguasai dorang..sebab cinta dorang kepada Allah dan Rasulullah jauh lebih kuat.. hmm * i wish aku pon boleh macam tu


Muhammad Aiman : huu ok.sori2..time kaseh for that free lecture. =) aku yakin ko boleh.! hee


nuraisyah aisy : tq Aiman :) oklah. aku out dulu.. assalamualaikum.






huhu macam-macam lah Aiman ni.. Baik aku teruskan agenda untuk update entri blog tadi.. Walaupun takde idea,goreng jelah.




.Anda Tau Tak.


assalamualaikum..



Anda tau tak? 
 

bile aku jadi cikgu, aku terasa aku jadi pelajar semula.
 

pelajar cuak bile nak exam, cikgu pon cuak same.
 
pelajar lega bila dah lepas exam, cikgu pon lega same. 
pelajar sedih dapat result teruk, cikgu pon sedih same. 
pelajar gembire bile dapat result bagus, cikgu lagi gembire! 
pelajar hepi sangat2 bile cuti sekolah, cikgu pon sameeeeeee~



:') hahaha hepi holidayyy...


*maaf dah lame tak update.bizi. hee









     haha tu lah namenye entri goreng pon sodap. Layan lah..asalkan hati aku senang.hee.. Masa ni lah aku kene ziarah balik semua-semua blogger yang dah tinggalkan kat komen di blog aku. Tanpa diorang, sunyi lah blog aku ni. Macam cakap sorang-sorang. Tak ke bosan tu??huhu sbb tu, aku tak pernah lupekan diorang. Hamboih, si Mamat Manis ni berjiwang lah pulak..jarang aku tengok die buat entri jiwang macam ni..huhu in love kut?






love is sweet.

assalamualaikum. hohoii~

tak payah nak geli sangat la dengan tajuk entri aku kann? heheh bukan ape.. sejak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa something. kuch2 hota hai..ahahaha *poyo* mungkin dah masenye aku berteman hidup kut? =p

yelah, korang ingat aku muda lagi ke?? dah beruban ni..tunggu mase nak bertongkat je.haha

persoalannye, sape nak jadi  bini aku? @.@


*semoga aku ade jodoh dengan .............






     wahh betul lah.. Tak lame dah mamat ni.. Nak kahwin dah dia..huhu bagus lah..Dengan drastiknya, aku menekan butang comment.






aisyah said : 
hamboihh..jiwangg nampakk .haha tahniah laa..jangan lupe antar kad jemputan =) smoge ko ade jodoh dengan dotdotdot tuu.. keh2..ape laa..bgtau la name..kalau tak, camane aku nak doakan..?




ok. send. hmmm dah lah.. Sakit pinggang aku mengadap laptop ni lama-lama. 




************************************






"Kak tih, pinjam laptop..hee''. Adik aku, Aida, semalam sampai ke rumah aku. Dia nak duduk sini seminggu, nak enjoy katanya. Maklumlah orang dah habis SPM. ''hmm gunelah..atas meja tu ha..''. Kacau je dia ni..Aku tengah feeling baca novel Hlovate, 5 tahun 5 bulan. 


''Kak tih...''


''isk , ape lagi?? ''


''ade masej kat fb kak tih ni..kak tih tak log out..taknak baca ke?''


erk? lor..malasnya nak bangun..


''tolong laa bacakan..''


''huu berat betul bontot kak tih ni.ekekeke''


sebijik bantal tepat mengenai badan adik aku. hhaha padan muke.


''adoi! huh.. ni dari Muhammad Aiman.''



oh... Aiman ni memang rajin tegur aku kat fb..ade lah beberape kali dah kitorang chating..Tapi kejap-kejap je. Malas aku layan dia lama-lama sbb dia tu kuat merepek. Sakit jiwa aku.huhu eh? Aku tengok adik aku tersengih-sengih sambil menghadap skrin laptop.






''ha, die tulih mende??''


''Die tulih, Aisyah, err, aku rasa aku suke ko. pastu die tulis star blushing star. hahahhaahah fuiyyooooo kak tih ade secret admirer..pewwwitt2..bagitau mak! Muke kat profile picture ni boleh tahan..ngeh3''




Aku yang mendengar, terlopong. what??! Aku lantas bangun dan melihat sendiri dengan mata kepala aku. Yelah, kot-kot adik aku saja nak kenekan aku. huu..hakikatnya, adik aku bercakap benar.




Aiman : Aisyah, err, aku rase..aku suke ko.. *blushing*






Aku menggenyeh-genyeh mata aku. ok aku tak rabun. Memang itulah tulisan yang tertera. Dan kalau dilihat pada masa, masej itu baru sahaja dihantar setengah jam lepas.. Aku pun membalas,




Aisyah :
ko ngigau ke aiman? tu laa..tido tak amik wuduk dulu..



Aiman : aku se.ri.us






Terasa nafas aku terhenti sekejap. Aku cepat-cepat log out. Tengok-tengok, adik aku pulak yang amik alih tempat aku atas katil sambil baca novel. 


''hoi..dah,dah..pergi guna laptop tuu''


''aduuhh..kacau daun laa..tengah part bes nii.''


''tak payah nak mengada..syuhhh! ''


Aku sambung bacaan aku tadi. Tapi sebenarnya aku tak dapat hadam apa yang aku baca. Kepala aku terngiang-ngiang ayat Aiman tadi..Uhhh..tidurlah! Aku menekup muka aku dengan novel.




***************************************




     Aku terjaga. Tangan meraba-raa mencari handset. Oh, baru pukul 3.30 pagi. Tapi aku rasa mata aku sangat segar. Tak mengantuk dah. Aku duduk di tepi katil. Otak aku memikirkan sesuatu. hmm..alhamdulillah.. Aku menuju ke biik air, berwuduk. Semoga dengan solat istikharah ni, aku diberi petunjuk olehMu ya Allah.






***************************************


''Kak tih, bangun..dah 6.15 ni..''


     Kelihatan adik aku baru selesai mengerjakan solat subuh. Aku segera bangun. Membersihkan diri dan solat. Terasa tenang sekali. Aida duduk di ruang tamu sambil menonton tv. Tengok Tanyalah Ustaz lah tu..Adik aku memang rajin tengok rancangan tu setiap pagi. Aku join jugak kadang-kadang. Tapi hari ni, aku memilih untuk mengadap laptop. Aku ingin selesaikan apa yang patut. Log in fb. Hai..apesal laa setiap kali aku bukak fb, Aiman ni mesti online jugak..penunggu fb ke hape?huhu baguslah. Senang sikit kerja aku.






nuraisyah aisy : Aiman, ko main-main ea pasal semalam tu?


muhammad aiman : tak. aku betul-betul laa...


nuraisyah aisy : tapi kite tak pernah jumpe weii


muhammad aiman : so?


nuraisyah aisy : 
ko tak tahu muka aku camane.. aku tak cantik.hahaha lain la ko tu, aku dah jenuh tengok muka ko kat blog..


muhammad aiman :
 
haha buat lawak pulak ko nih.. aku dah tengok la muka ko.

nuraisyah aisy : 
bohong. aku mane ade letak gambar kat blog or fb..


muhammad aiman :
 
ade..satu.. kat fb, gambar ko ngan family time raye.hehe aku baru tengok semalam.


erk..alamak. a'ah laa..ade gambar aku ngan family..huu


nuraisyah aisy : err..ok. tapi gambar tu tak jelas.


muhammad aiman : 

hahaha aisyah2.. tak kesah lah jelas ke tak.. aku suke ko melalui peribadi ko..penulisan ko..melalui blog ko, aku kenal ko..


nuraisyah aisy : eh, abes, yang ko tulih kat blog ko 2 hari lepas tu??

muhammad aiman : yang dotdotdot tu ko lah.hee

nuraisyah aisy : erk.ea?


muhammad Aiman : iye.




Aku tak tahu nak balas apa dah. Sedang aku berfikir, tiba-tiba Aida muncul di tepi pintu. 


''kak tih, jom jogging.hee''


''huhu ok. jom. pastu kite pergi sarapan terus ea...''.


Aku meninggalkan laptop aku.




***********************************




     Dah masuk zohor, barulah aku dan adik aku pulang ke rumah.. huhhu Aida tu banyak songeh betul. Lepas makan, nak jalan kat taman lah, nak beli aiskrim lah, nak pergi beli barang lah..nasib baik kau dapat kakak yang baik.haishh.. Sesudah solat zohor, alamak, aku baru teringat, aku tak setel lagi dengan Aiman tadi... Tanpa berlengah, aku menekan butang message,

nuraisyah aisy : go and meet my father then.

send. 





-the end-






_________________________________________________________




*huhu siap jugak akhirnya cerpen panjang ni..


*sori ye..aku dah sedaya upaya buat citer n jadi pendek..tapi tak boleh.


*tq yang sudi baca =)


*segala komen membina amat dialu2kan


*cerita ni takde kene mnengene dengan sesiapa.harap maklum.











sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

bace jgn xbace ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...