Thursday, February 2, 2012

cerpen : blogger cintan. (cont'd)





     Waah, segarnya badan lepas mandi..bukan selalu aku mandi sesudah subuh macam ni..heehe. Aku buka jendela di bilik aku, menghirup udara segar. Memang nyaman. Fikiran aku menerawang, memikirkan apa yang dah berlaku semalam. Yang aku ingat, bila aku sampai rumah, terus aku mengurung diri dalam bilik. Aku dah tahan diri aku supaya tak menangis, tapi tak boleh. Bagi aku, baik aku menangis puas-puas. Barulah lega sedikit. Selepas itu, aku tidur sepanjang hari, sampailah pagi tadi. Aku cuma bangun untuk solat. Huhh..aisyah,aisyah.. Lamunan aku dikejutkan dengan bunyi handset aku. Ada masej. Aik, sape yang masej pagi-pagi buta ni? Dengan malas aku mencapai handset. Terbeliak mata aku melihat nama yang tertera. Adam?!


Adam :


salam, aisyah..ko ok ke? semalam aku nampak ko dari jauh. aku baru je nak tegur ko, tengok2, ko tengah borak ngan alia. pastu, tibe2 aku nampak ko blah. aku nampak ko kesat mate ko. aku pergi tanye alia, knape ngan ko? die cakap, die pon tak tau. die cakap, ko blah lepas die cite yang aku dah bertunang. betul ke?


Tanpa berfikir panjang, aku membalas, 

Aisyah :

ko pahal bertunang tak bagitau aku? aku ingat kite still besfren? fine.aku dah tak penting untuk ko,kan? ......aku kenal ke pempuan tu??



Adam :

maaflah cah..of cos ko still besfren aku... ko tak kenal die..die anak kawan mak aku. ni pilihan mak aku.. aku tak nak heboh sangat. tunang je kan? kahwin nanti, ko la orang first aku jemput wei.. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan,rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.



ko tak tau ke, aku suke ko??aku ingat ko pon same.. huhh.. aku padam semula masej yang baru aku taip itu.niat aku untuk berterus terang tentang perasaan aku, dibatalkan. astaghfirullahalazim.. apa yang kau fikir ni, aisyahh.. Aku off handset dan campak ke dalam laci. Aku tarik nafas dalam-dalam. Sudahlah, die dah bertunang pun..buat ape aku nak menangis..tak ada guna..


*****************************************




Allah knows what's best.

assalamualaikum.

tak semua yang kite nak, kite dapat.tak semua yang kite suka, baik untuk kita.tak semua yang kita rancang, menjadi.

semuanya terletak pada ketentuan Allah.He knows what's best for us.

semoga aku tabah.semoga kamu bahagia.



p/s- alhamdulillah aku menang GA Mamat Manis.





Dah puas blogwalking, aku bukak FB. Ade masej. from Aiman.


Muhammad Aiman :


salam.. haha cik aisyah, terpikat dengan nama aku lah tu.. ;)
ha, bak sini alamat ko..nak pos hadiah mahal ni....keh2




nuraisyah aisy :


no.3 jalan aman 2 , Kuantan , Pahang.




     Aku malas nak balas panjang-panjang. Takde mood. Dah, logout. Aku keluar dari bilik untuk siapkan sarapan. Kelihatan mak baru siap menggoreng keropok. hmm..sedapnya bau..''nak masak apa ni mak?''. Mak tersenyum, ''nasik goreng aje lah..sebab nasik semalam banyak lebih..''. ''Ok.'' aku segera mengambil alih bahagian masak-memasak. Mak pula mencapai teko. Aroma teh mula menggamit tak lama selepas itu. 


''Kak tih nak balik pukul berape ke kl ni?''


''Jap lagi mak..lepas sarapan ni kut..''


''Laa,kenape awal sangat? paling tidak pun, lepas zohor ke..''


''hee..malas lah mak..lepas zohor, panas'', aku memberi alasan. Padahal aku saja nak cepat-cepat balik ke kl supaya aku boleh sibukkan diri aku dengan kerja di sana.


''hmmm..yelah tu.. Kak tih ingat, mak tak tahu ape jadi semalam?? berkurung dalam bilik, orang ajak makan pon tak mau. Ade la tu, mende yang tak kene tuu''






Alamak. Mak ni...malu aku..huhu aku hanya mendiamkan diri. Malas nak memanjangkan cerita. Lagipun aku ni bukan jenis yang bercerita tentang cinta-cinta ni kat mak aku.








******************************************




     Seperti yang aku jangka, sepanjang sebulan ni, aku memang sibuk tahap kelapan.Maklumlah, pelajar-pelajar ni sedang dalam mood peperiksaan SPM. Aku sebagai cikgu Add-Math diorang memang tumpang kelam kabut. Masa ni lah nak tanya macam-macam soalan. Masa ni lah nak pulun habis-habisan. Teringat pulak aku masa zaman SPM dulu. keh3.. Add-Math adalah subjek fevret aku. Sebab tu lah, aku berazam nak jadi cikgu Add-Math. Aku nak mengubah mind set pelajar-pelajar yang tak suka Add-Math dan rasa subjek itu susah. Alhamdulillah, cita-cita aku tercapai. Dah 2 tahun aku jadi cikgu Add-Math.






     Baguslah aku sibuk..Tak adalah aku nak membuang masa memikirkan perkara sebulan yang lalu tu. fuhh.. Sekarang ni, barulah aku boleh bernafas sikit. Pelajar-pelajar aku dah jawab paper Add-Math semalam. InsyaAllah, semuanya berjaya. Aku memandang sepi laptopku yang dah lama tak berusik. Sengaja aku menjauhkan diri dari melayan blog mahupun fb. Aku terasa mahu menyendiri. Bosan lah pulak. Perlahan-lahan aku menghidupkan laptop. Jemari yang pada mulanya menaip url blog Adam, lantas terhenti. Aku kan nak lupakan dia.. Butang back space kutekan. Bukak Dashboard blog lagi bagus. huu seronok aku tengok bilangan komen yang belum di approve. Aku baca satu persatu dan tersengih. Ada juga yang menyedari 'kehilangan' aku rupanya. Terharu. 






     Aku belum terasa hendak update entri baru. Lalu, aku buka pula fb aku. Hmm...tiada apa-apa yang menarik. Baru sahaja hendak menekan butang logout,tiba-tiba keluar nama Aiman di chating box. Hai..nak ape lagi mamat masam nihh??



Muhammad Aiman : weh.


nuraisyah aisy : mende?


Muhammad Aiman : ko kenape?


nuraisyah aisy : kenapa ape??


Muhammad Aiman :
lame menyepi??entri ko yang dah sebulan tu cam orang patah hati je? balas masej aku hari tu pon heartless je.huhu


nuraisyah aisy : none of  ur bisnes~


Muhammad Aiman : 
....fine.memang la bukan bisnes aku.. tapi... ko nak tau tak, kawan2 aku slalu cakap, aku ni ade bakat terpendam untuk jadi kaunselor tau..heheheh

come on la.. pendam sorang-sorang lagi sakit tau? cepat2 sementara aku takde client ni. muahaha


citer laaa.
citer laaa...


nuraisyah aisy :
huhu sengal lah ko. emm.. ko perasan tak kadang-kadang aku ade tulis entri pasal 'kamu' ?


Muhammad Aiman : 
ha, perasan3..ko memang jiwang.hahah ha, sape 'kamu' tu??

nuraisyah aisy : 
die besfren aku...

aku suke die.hmm. rupenye aku bertepuk sebelah tangan je. tup-tup, aku dengar die dah bertunang. It's really hurt doe.


Muhammad Aiman : oh. pastu ko da ok ke ni?


nuraisyah aisy : dah. err.. *kot


Muhammad Aiman :
hmm.. lek ah. kumbang bukan sekor. die bukan jodoh ko kot.. chill k?


nuraisyah aisy : 
em..tengah rilek la ni. citer tu dah lame. aku dah lupekan. =)


Muhammad Aiman : 
wah, bagus2.. eh tapi aku pelik. daripada penilaian aku, aku tengok, entri2 ko cam ko ni baik je..cam stok2 ustazah je ko ni.. *kecuali entri2 pasal 'kamu' tu laa..heheh aku ingat, stok2 ustazah cam ko ni takde cintan2.. =p


nuraisyah aisy : 
err correction mr.Aiman!


1) aku bukan stok2 ustazah. *but i always try to be in that stok.hhhuhhu


2) ko ingat stok2 ustazah takde hati perasaan ke?? dorang ade jatuh2 hati jugak. cuma, dorang pandai kawal. dorang pandai hindar dari perasaan tu mguasai dorang..sebab cinta dorang kepada Allah dan Rasulullah jauh lebih kuat.. hmm * i wish aku pon boleh macam tu


Muhammad Aiman : huu ok.sori2..time kaseh for that free lecture. =) aku yakin ko boleh.! hee


nuraisyah aisy : tq Aiman :) oklah. aku out dulu.. assalamualaikum.






huhu macam-macam lah Aiman ni.. Baik aku teruskan agenda untuk update entri blog tadi.. Walaupun takde idea,goreng jelah.




.Anda Tau Tak.


assalamualaikum..



Anda tau tak? 
 

bile aku jadi cikgu, aku terasa aku jadi pelajar semula.
 

pelajar cuak bile nak exam, cikgu pon cuak same.
 
pelajar lega bila dah lepas exam, cikgu pon lega same. 
pelajar sedih dapat result teruk, cikgu pon sedih same. 
pelajar gembire bile dapat result bagus, cikgu lagi gembire! 
pelajar hepi sangat2 bile cuti sekolah, cikgu pon sameeeeeee~



:') hahaha hepi holidayyy...


*maaf dah lame tak update.bizi. hee









     haha tu lah namenye entri goreng pon sodap. Layan lah..asalkan hati aku senang.hee.. Masa ni lah aku kene ziarah balik semua-semua blogger yang dah tinggalkan kat komen di blog aku. Tanpa diorang, sunyi lah blog aku ni. Macam cakap sorang-sorang. Tak ke bosan tu??huhu sbb tu, aku tak pernah lupekan diorang. Hamboih, si Mamat Manis ni berjiwang lah pulak..jarang aku tengok die buat entri jiwang macam ni..huhu in love kut?






love is sweet.

assalamualaikum. hohoii~

tak payah nak geli sangat la dengan tajuk entri aku kann? heheh bukan ape.. sejak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa something. kuch2 hota hai..ahahaha *poyo* mungkin dah masenye aku berteman hidup kut? =p

yelah, korang ingat aku muda lagi ke?? dah beruban ni..tunggu mase nak bertongkat je.haha

persoalannye, sape nak jadi  bini aku? @.@


*semoga aku ade jodoh dengan .............






     wahh betul lah.. Tak lame dah mamat ni.. Nak kahwin dah dia..huhu bagus lah..Dengan drastiknya, aku menekan butang comment.






aisyah said : 
hamboihh..jiwangg nampakk .haha tahniah laa..jangan lupe antar kad jemputan =) smoge ko ade jodoh dengan dotdotdot tuu.. keh2..ape laa..bgtau la name..kalau tak, camane aku nak doakan..?




ok. send. hmmm dah lah.. Sakit pinggang aku mengadap laptop ni lama-lama. 




************************************






"Kak tih, pinjam laptop..hee''. Adik aku, Aida, semalam sampai ke rumah aku. Dia nak duduk sini seminggu, nak enjoy katanya. Maklumlah orang dah habis SPM. ''hmm gunelah..atas meja tu ha..''. Kacau je dia ni..Aku tengah feeling baca novel Hlovate, 5 tahun 5 bulan. 


''Kak tih...''


''isk , ape lagi?? ''


''ade masej kat fb kak tih ni..kak tih tak log out..taknak baca ke?''


erk? lor..malasnya nak bangun..


''tolong laa bacakan..''


''huu berat betul bontot kak tih ni.ekekeke''


sebijik bantal tepat mengenai badan adik aku. hhaha padan muke.


''adoi! huh.. ni dari Muhammad Aiman.''



oh... Aiman ni memang rajin tegur aku kat fb..ade lah beberape kali dah kitorang chating..Tapi kejap-kejap je. Malas aku layan dia lama-lama sbb dia tu kuat merepek. Sakit jiwa aku.huhu eh? Aku tengok adik aku tersengih-sengih sambil menghadap skrin laptop.






''ha, die tulih mende??''


''Die tulih, Aisyah, err, aku rasa aku suke ko. pastu die tulis star blushing star. hahahhaahah fuiyyooooo kak tih ade secret admirer..pewwwitt2..bagitau mak! Muke kat profile picture ni boleh tahan..ngeh3''




Aku yang mendengar, terlopong. what??! Aku lantas bangun dan melihat sendiri dengan mata kepala aku. Yelah, kot-kot adik aku saja nak kenekan aku. huu..hakikatnya, adik aku bercakap benar.




Aiman : Aisyah, err, aku rase..aku suke ko.. *blushing*






Aku menggenyeh-genyeh mata aku. ok aku tak rabun. Memang itulah tulisan yang tertera. Dan kalau dilihat pada masa, masej itu baru sahaja dihantar setengah jam lepas.. Aku pun membalas,




Aisyah :
ko ngigau ke aiman? tu laa..tido tak amik wuduk dulu..



Aiman : aku se.ri.us






Terasa nafas aku terhenti sekejap. Aku cepat-cepat log out. Tengok-tengok, adik aku pulak yang amik alih tempat aku atas katil sambil baca novel. 


''hoi..dah,dah..pergi guna laptop tuu''


''aduuhh..kacau daun laa..tengah part bes nii.''


''tak payah nak mengada..syuhhh! ''


Aku sambung bacaan aku tadi. Tapi sebenarnya aku tak dapat hadam apa yang aku baca. Kepala aku terngiang-ngiang ayat Aiman tadi..Uhhh..tidurlah! Aku menekup muka aku dengan novel.




***************************************




     Aku terjaga. Tangan meraba-raa mencari handset. Oh, baru pukul 3.30 pagi. Tapi aku rasa mata aku sangat segar. Tak mengantuk dah. Aku duduk di tepi katil. Otak aku memikirkan sesuatu. hmm..alhamdulillah.. Aku menuju ke biik air, berwuduk. Semoga dengan solat istikharah ni, aku diberi petunjuk olehMu ya Allah.






***************************************


''Kak tih, bangun..dah 6.15 ni..''


     Kelihatan adik aku baru selesai mengerjakan solat subuh. Aku segera bangun. Membersihkan diri dan solat. Terasa tenang sekali. Aida duduk di ruang tamu sambil menonton tv. Tengok Tanyalah Ustaz lah tu..Adik aku memang rajin tengok rancangan tu setiap pagi. Aku join jugak kadang-kadang. Tapi hari ni, aku memilih untuk mengadap laptop. Aku ingin selesaikan apa yang patut. Log in fb. Hai..apesal laa setiap kali aku bukak fb, Aiman ni mesti online jugak..penunggu fb ke hape?huhu baguslah. Senang sikit kerja aku.






nuraisyah aisy : Aiman, ko main-main ea pasal semalam tu?


muhammad aiman : tak. aku betul-betul laa...


nuraisyah aisy : tapi kite tak pernah jumpe weii


muhammad aiman : so?


nuraisyah aisy : 
ko tak tahu muka aku camane.. aku tak cantik.hahaha lain la ko tu, aku dah jenuh tengok muka ko kat blog..


muhammad aiman :
 
haha buat lawak pulak ko nih.. aku dah tengok la muka ko.

nuraisyah aisy : 
bohong. aku mane ade letak gambar kat blog or fb..


muhammad aiman :
 
ade..satu.. kat fb, gambar ko ngan family time raye.hehe aku baru tengok semalam.


erk..alamak. a'ah laa..ade gambar aku ngan family..huu


nuraisyah aisy : err..ok. tapi gambar tu tak jelas.


muhammad aiman : 

hahaha aisyah2.. tak kesah lah jelas ke tak.. aku suke ko melalui peribadi ko..penulisan ko..melalui blog ko, aku kenal ko..


nuraisyah aisy : eh, abes, yang ko tulih kat blog ko 2 hari lepas tu??

muhammad aiman : yang dotdotdot tu ko lah.hee

nuraisyah aisy : erk.ea?


muhammad Aiman : iye.




Aku tak tahu nak balas apa dah. Sedang aku berfikir, tiba-tiba Aida muncul di tepi pintu. 


''kak tih, jom jogging.hee''


''huhu ok. jom. pastu kite pergi sarapan terus ea...''.


Aku meninggalkan laptop aku.




***********************************




     Dah masuk zohor, barulah aku dan adik aku pulang ke rumah.. huhhu Aida tu banyak songeh betul. Lepas makan, nak jalan kat taman lah, nak beli aiskrim lah, nak pergi beli barang lah..nasib baik kau dapat kakak yang baik.haishh.. Sesudah solat zohor, alamak, aku baru teringat, aku tak setel lagi dengan Aiman tadi... Tanpa berlengah, aku menekan butang message,

nuraisyah aisy : go and meet my father then.

send. 





-the end-






_________________________________________________________




*huhu siap jugak akhirnya cerpen panjang ni..


*sori ye..aku dah sedaya upaya buat citer n jadi pendek..tapi tak boleh.


*tq yang sudi baca =)


*segala komen membina amat dialu2kan


*cerita ni takde kene mnengene dengan sesiapa.harap maklum.











sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

24 comment(s) to akoo =):

yana-feehily said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka baca.. ^^

teringat yg saya pun ada simpan perasaan pada besfren tp tk pernah nk luahkan..dok tggu respon dia dia tp tk penah pun dia move on..akhirnya saya terima pinangan kawan lama. dan 2 bulan lepas tu, dia pun bertunang dgn pilihan keluarga. nikah pun tarikh dekat2 nak sama..kdg2 fikir, dia tggu saya ckp dl ke? hmm..dah tak berjodoh, buat macam mana pun tkde jgk kan. :)


p/s - my nephew baru ckup 2 thn bulan 12 hari tu. bila org dok depan pc, dia pun sibuk jugak..bila video buffering, dia pun kalut tekan sana sini.. ^^

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq singgah blog eza semalam. Eza dah bookmark blog awak ni. Nak baca cerpen time malam. tenang sikit, :)

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ermm.. best2. suke bace novel remaja.
wlup0n umur da mningkt dewasa huhuhu
truskan yew ;)

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nt buat ag cerpen ye...cuti lan lame ag...haha:P

Hanie Dew said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best weh cerpen ko. sangat tak formal dan tak memenigkan kepala denga bahasa seni "bagai angin bertiup di ufuk timur" segala. hahahhaa.

yeeee kee xde kene mengena.citer ko ni kan.kan.kan.elelelelelele... hahha

syarifahsidrus said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

^_^ walaupun baca masa tengah takde perasaan, tapi still boleh rasa cite ni best! :D

keep up your good work dear..

reenapple said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ah... sweet... semoga Aiman dengan Aisyah.. eh.. heheh

=)

ILA HonEyBuNNy said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fuhhh...

suka bahasa simple ja...aiman pun kaki online lah..ehhehe

Zehan Ilyana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

whoaa!
*clap clap clap*

suka suka suka!
suka sgt baca!
hehhe.
comel je aisyah dengan aiman ni! teehee~
err, jadikan novel boleh? :D

syeedafabewlaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh,,aku pon ade pasaan kat bestfriend aku,,hahaha,,,tpi skunk dh jadi boyprend,,hihi

Jue said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bole time aku bc aku ingat watak gegirl tu ko betul punya in real life =P
ade ms aku bc lg sbb tgh rushing skrg neh =)

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x cy lak xde kena menena dgn ko..ekekekee

msti ada ni...cm mjiwai je ni..ekekeke...keep up the good work bro!!boleh pegi jauh lg ni!!aq sntiasa menyokong ko bercerpen...hek3

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tp ni dh leh jd novel ar aq rase..hahahaha

akoo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@yana-feehily

wahh..cerpen akoo ni macam kisah idup yana je..ekekeke *comelnyee nephew kamu =)


eza : tq eza..ok,take ur time..hehe bacen mlm, buat jadi bedtime story ke?hehe



cik kartun : mekasehh :)


sopia : cuti aku lagi brape hari je..huuhu tak buat da kot dalam mase tdekat nih..hee


hanie : ngeh3..takde kene mgene ngan akoo..siyes. =p tenkiuuu..



SS : heheh lame tak nmpak kamu =D mekaseh!


reenapple : aiman ngan aisyah dah bsame laa tuu..aiman nak masok minang daa..hee



ila : tq =) tau takpe..dah takde keje sgt agaknye aiman tuu.keh2



miss M : ngaaa~ memang berminat gak nak tulih novel..tapi..takde mase.heheh doakan akoo yep ? =) mekasehh..



banos : hahahaha lucky i'm in love with my besfrenn lah ko.. =p



jue : aisyah tu bukan aku.huhu
orite...aku paham kau bizi =p



ezad : time kasehh..sila beri tunjuk ajar =p
kalau berkesempatan , aku akan usahakan cerita ni jadi novel.muahaha

akoo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aaa.. korang, trima kasih sebab rajin bace cerpen panjang berjela aku ni.hehe dan sedikit penerangan tentang cerita ni,,

err..mungkin laa ade sikit kene mgene ngan aku citer ni..huhu tapi SIKIT je ye. sebab, name aku dah konpem2 bukan aisyah.huhu aku takde kawan name adam. aku baru berumur 19 tahun. tapii dalam citer tu, aisyah dah berumur 23 or 24 lebey kurang. then, aku still blaja. aisyah dah kerja. jadik cikgu pulak tuhh.ahhahah aku skang blaja ukur bahan beb..

tapi aku memang bminat nak jadi cikgu addmath :')
lagi, kg aku bukan kat kuantan.tapi, dalam pahang la jugak. aku takde adek pmpuan.haha

dan sebagainyee,..namapak?banyak mende tak same kann..hehe tapi ade la aku selit sikit2 pasal aku dalam ni =)

..ok daa..


*aku suke name aisyah :')
*aku suke name aiman :')

Fasihah Supian said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ade bakat ade bakat, nampak menjiwai watak..hehe boleh plak terbaca dari awal smpai habis, nampak sgt lebih rela bace blog dari buku novel skrg.huhu btw, nice story.:)

Cik Caah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yeay,kawin kawin!
wuwuwuwu :)

anys nadhilah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh , besh lah awak , keep it up yeah ,. boleh jadi novelis yang berjaya , yuhuu .. ihiks

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe..dah agak mesti dgn aiman. good job weh!

akoo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@FasiHaH SupiaN
tq =) tahniah,bace smpai abes.hee


ca'ah : hhaha yeayy!


cikanyss : tenkiuu..aamiiin =)


patin : hehe mekasehh

Woofer Storm said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pnjang entry.hehee

#ada bakat jadi penulis novel^^

Zehan Ilyana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

teehee~
okay saya doakan awak! :DD
kalau ada masa menulis eh!
olah balik cerita ni pun tak apa.. sebab dah best da..:D

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suke nye

tapi ending die takkan sampai situ???

nk lg hahaha

.........cP~ said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya...!!Macam baca kisah benar...betul ke ni tak ada kaitan dengan sesiapa?

bace jgn xbace ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...