assalamualaikum.
___________________________________________________________
nama : anonymosah
lagu fevret : buat aku tersenyum - sheila on 7
hobi : baca novel, tidur, melalak
novel fevret : segala yang cintan, leleh, dan karat.
novel fevret : segala yang cintan, leleh, dan karat.
haloo. nama aku anonymosah. aku seorang yang cool. sebab itu, ramai orang berebut-rebut nak kawan denagn aku.
lagu fevret aku adalah buat aku tersenyum by sheila on7 . lagu tu sangat sweet.aku selalu terbuai-buai dengar lagu tu. terasa di awang-awangan. besnye kalau ade laki kacak nyanyi lagu tu untuk aku. sebenarnya, banyak lagi lagu yang aku suka. tapi jenuhlah kalau aku nak senaraikan semuanya dalam ni. and yes! akulah pencinta muzik.
hobi aku, baca novel atau pun tidur ataupun melalak. dan lain-lain aktiviti mengikut mood. setiap kali ada waktu terluang, aku akan mencapai novel. takpon, kalo takde novel, tidur pon sedap. melalak tu takyah cakap lah. kadang-kadang aku rasa suara aku macam shila amzah. so, boleh dikatakan, ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang aku boleh lakukan sebagai hobi bila-bila masa aku terluang.
muka aku memang orang dah label muka gila novel. sebut je novel ape. semua dalam kepala aku. lagi-lagi yang jiwang tahap ke lapan. tu memang makanan aku. alangkah indahnya kalau hidup aku pun hepi ending macam dalam novel-novel yang aku dah baca. waaah~
_________________________________________________________
nama : aisyah
lagu fevret : tak pasti
hobi : tak pasti
novel fevret : tak pasti
assalamualaikum. nama aku aisyah. aku biasa-biasa je. masih mencari identiti diri, mungkin. kawan sejati, ntahla. susah nak jumpa. mungkin ada. bagi aku, kawan sejati tu kawan yang kita boleh cari dia bila-bila masa kita nak. tak kira susah senang. tapi, sekarang aku rasa kebanyakan kawan aku, untuk main-main, boleh la ajak dia. tapi bila datang part nak beramal, berdakwah, menambah pahala, susah. aku kena cari orang lain. so, maknanya mereka-mereka itu bukan kawan sejati aku. masih mencari.
erm. aku tak tahu la sejak bila; aku tertunggu-tunggu nak dengar azan berkumandang. bila azan, sebolehnya, aku stop melakukan apa pun. aku memandang ke luar tingkap sambil menghayati azan. serius. tenang sekali. menusuk ke dalam jiwa. aku turut serta menyanyikan azan itu dengan menjawab azan. adakah azan tu boleh dikatakan lagu fevret aku?
dalam pukul sebelas tengah hari, kalau aku tengah tiada kelas, aku meringankan diri untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. sebelum tidur, kalau aku terasa susah nak pejam, aku bangun, ambil wuduk dan solat sunat. di setiap solat fardhu pula, aku sertakan sekali solat sunat rawatib. adakah solat sunat itu boleh dikatakan hobi?
setiap kali selepas solat, aku melatih diri aku untuk membaca Al-Quran. selepas subuh,zohor, asar, maghrib, isyak. hanya beberapa helai. dalam masa yang sama, baca translatenya sekali. supaya aku paham dan menjiwai Al-Quran. paling sesak pun, aku cuba untuk baca juga ayat Al-Quran walaupun satu ayat dalam sehari. adakah Al-Quran itu boleh dikatakan novel fevret aku??
__________________________________________
12 comment(s) to akoo =):
alangkah bagus kalau aku seorang aisyah...
hai nama saya aisyah. haha.
tu la. kadang2 aku pun camtu. kita suka agung2kan benda yang tak sepatutnya. pasal agama je tolak tepi. sedihnya.
err..cerita terbaru?
hehehe
anys pon ,. selalu baca yasin smbil belek makna :)
hi nama aku ed.
dua individu yg sgt berbeza lifestyle...hurmmm...
aku nk jd fatin mencontohi aisyah..hehe..
heee..nama sy ira..;p..
nak juga menyelit..
mcm langit dgn bumi la dua org tu..
boleh kenal dgn aisyah. ?
dua perbedaan ketara. ;)
kontra nyerrr...tapi tu la nama warna warni kehidupan kan...
aku masih mencuba untuk meniru aisyah. doakan aku ya.
Post a Comment