Tuesday, January 31, 2012

cerpen : blogger cintan.





     Hai, tak bergerak-gerak pun bilangan ‘follower’ aku ni. Sejak dua bulan lepas, asyik lima ratus lebih je. Bila nak cecah ribu-ribu ni... Seperti kebiasaan, aku gemar menghabiskan masa terluang aku dengan blog. Sama ada ’update’ entri, ubah ‘header’, balas komen atau membaca entri rakan-rakan blog yang lain. 




     Name blog aku Aisyah’s story. Dah tujuh tahun aku terlibat dengan dunia blog ni. Walaupun follower aku tidaklah ramai mana, tapi aku bersyukur dan aku gembira kerana aku ada pembaca-pembaca setia yang selalu membaca entri-entri aku. Apa gunanya ramai follower tapi kalau yang rajin baca atau singgah di blog kita, hanya beberapa orang sahaja. Semua tu memang mustahil. Ada ke blogger yang followernya 300, dan kesemua 300 followernya itu komen di setiap entri? Tiada kan? Tapi mesti best kalau perkara itu betul-betul terjadi. Oh,stop dreaming, Aisyah!
            



     Aku menekan butang ‘New Post’. Hari ini aku belum menaip entri baru. Arghhh! Satu masalah besar aku seperti yang aku hadapi sekarang adalah aku selalu kekeringan idea. Huu,teruk betul. Malas la menaip lagi kalau macam ni..baik aku ‘blogwalking’ dulu. Blog pertama yang aku lawati adalah blog Adam. He’s my bestfriend. Kami berkawan sejak sekolah rendah tapi mula berkawan baik ketika di sekolah menengah. Ah, terlalu panjang cerita tentang aku dan dia. Kalau nak bercerita tentang kami mau memerlukan beberapa hari baru habis. Lamunan aku terhenti apabila blog dia mula tersiar. Alaaa, die tak update pon..dah 2 minggu tak update..tau lah bizi dengan PhD..hmm..




     Aku meneruskan blogwalking aku. Blog si Mamat Manis. Nama dia memang mengundang ketawa. Perasan muka manis lah tu.haha. Tapi hakikatnya, inilah blog kesukaan aku. Nama blog die adalah Belog Aku Sorang. Entri-entri die memang selalu buat aku tergelak. Ayat die slamber, kelakar tapi ada isi. Sebab itu lah aku rajin baca blog die dan dalam pada masa yang sama, dia pun rajin komen di blog aku. Pendek kata, dia adalah salah seorang pembaca setia aku. Wah,nampaknya hari ni si Mamat Manis ni ade buat satu GA (Give Away). Hmm,nampak menarik. Syarat-syaratnya :


1)      Buat satu entri bertajuk '' Mamat Manis Nak Bagi GA Woi. So Sweet..’’

2)      Dalam entri anda pastikan ada link untuk pergi ke entri ini. 
(supaya orang lain boleh join sekaki.jangan tamak)

3)      Dalam entri tu, tulis ''blog mengajar aku…………………………………………’’

4)      Tak kesah anda nak buat panjang mana.
(kalau panjang sangat sampai aku tak larat nak baca, anda di disqualified.muahahah)

Contoh : blog mengajar aku mengenal erti cinta. (haha tibe2) kerana ramai blogger suka tulis pasal cinta.blablabalaaa 


5)      Buat seikhlas hati =)

6)      Kemudian, dah siap, bolehlah tinggalkan link entri anda itu pada ruangan komen di bawah tu ye..

7)      Pemenang akan dipilih mengikut ikut suka aku.haha maksudnya, mana yang ayatnya menarik hati aku akan menang. Jangan risau, aku seorang yang adil. ;)
 

 Hadiahnya = rahsia.. (haha ntah-ntah tros takde orang yang nak join) hadiahnya bes wei.tak tipu. Tapi aku taknak bagitau. Surprise!



     Aku tersenyum. Menarik. Dia ni tau-tau je aku tengah kering idea..boleh la aku join GA ni dengan jayanya.hehe.. Aku pun mula menaip entri tersebut,



Mamat Manis Nak Bagi GA Woi. So Sweet.(muntah sekejap)

Assalamualaikum..

Haha sila muntah dengan tajuk GA ni..contest ni dianjurkan oleh si Mamat Bajet Manis. Ni adalah first time die wat GA. So, marilah kite beramai2 support beliau yep? (weh, aku promote ko ni, markah kasi lebeh =p haha) *kidding*  
So, soalannye adalah, ''blog mengajar aku .....’’ 

Aisyah said : blog mengajar aku –

-          Taip perkataan penuh-penuh. (yelah, sebelum ni aku taip singkat-singkat je tapi bila dah lame berkecimpung dalam dunia blog ni *ecece* barulah aku belajar pentingnya eja penuh-penuh ni..takdelah pening + annoying orang nak bace blog kite..ye tak?)

-          Menggunakan otak dengan lebih menyeluruh. (haaha mane taknye, korang ingat senang ke nak update blog??mau botak kepala aku memikirkan mende yang nak ditulis setiap hari.hmm bagus rupenye buat blog nih..hhehe)

-          Menjadi lebih cekal. *ayat tak boleh bla* ( sape yang tak penah sentap sepanjang menulis di blog, angkat telinga! Huhu hebat ah sape yang tak pernah..aku? mestilah pernah. Kadang tu, orang ade berape ketul je komen entri aku, sentap! Kadang tu, yang komen, nak pedas2 je, sentap! Kadang tu aku tag orang, tapi orang tak buat tag tu, sentap! Kadang tu, aku masok GA tapi tak menang, sentap! Hhahahaha *yang last tu aku tipu* =p )

 Okelah..itu je kot buat mase ni.. tak menang takpe..janji aku ade modal untuk update blog.muahahahah


     Dah. Siap. Aku terus publish post dan hantar link ke blog Mamat Manis. Blogwalking sudah, update sudah. Cukup lah tu. Aku shut down laptop. Dah pukul 12.30 malam ni. Masa untuk tidur. 






*********************************









    Setelah selesai menunaikan solat subuh, aku tak tahu nak buat apa. Nak buat sarapan, awal lagi. Nak mandi, sejuk. Nak tidur, tak mengantuk.hmmm..Daripada aku terus mengelamun, baik aku layan blog. Macam biasa, jari aku pantas menaip url blog Adam. Wah, dia dah update lahh.


Belum masanya.


Assalamualaikum..


Lamenye aku tak update blog..bersawang2 dah nie..ekekeke.. takpelah, bukan ade orang kesah pon.. aku bizi sangatlah..ni barulah ade mase nak rilek sikit..


Semalam aku dapat satu kad jemputan. Dari kawan sekelas di matrik dulu. Die dah nak kawin ohh.. untunglaaa… aku?err..belum masenye.


p/s – mak dah tanye ade calon da ke? =.=’’ orang muda lagi laa makkk..baru 26 taon..






            Mula-mula aku tersengih-sengih baca entri dia, tapi lepas tu, senyuman aku mati. Aku tak tahu kenapa. Adam,adam..kalaulah kau tahu..huhh.. ape lah yang kau fikir agaknya, Adam..aku teringin nak tahu. Dengan ringannya tangan aku menaip entri baru,


Tell me lah.


Assalamualaikum.


Dear kamu,I’m not a mind-reader. Do let me know what’s in your mind. Please.

Kbai.


     Aku dah takde mood nak blogwalking. Nanti-nantilah. Aku mencapai tuala dan terus ke bilik air. Lantak lah sejuk ke apa ke. Lepas ni boleh terus siapkan sarapan, makan dan kemas rumah. Ada juga faedahnya.




************************************




     Pejam celik pejam celik, seminggu dah berlalu. Aku pulang ke rumah awal hari ni kerana mahu berkejar balik ke kampung di Pahang. sepupu aku kahwin esok. Tapi sebelum tu, aku sempatkan diri untuk buka blog dulu. Huishh apesal aku rasa macam ramai daripada biasa komen kali ni?? Bila aku buka, oh! Rupa-rupanya aku telah memenangi GA yang dianjurkan oleh si Mamat Manis hari tu. Aku tersenyum girang. Patutlah ramai yang komen. Takpelah, nanti aku tengok semula, kejar masa nih.




     Sampai sahaja di kampung, memang seronok. Meriah. Aku yang kepenatan, terus masuk ke dalam bilik. Mandi, solat dan berehat. Aku buka kembali blog aku yang aku tak sempat explore tadi. Oh, ada lagi satu komen baru. Dari si Mamat Manis. Die minta aku add dia di fb untuk memudahkan urusan pemberian hadiah GA dia. Alamakk..ni yang aku malas ni. Aku takde pon add kawan blogger kat fb sebelum-sebelum ni. Malas. Hmm tapi ni macam terpaksa je..layan lah, Aisyah. Bukannya apa sangat pun.

          



  Oh, Aiman rupanya nama sebenar si Mamat Manis ni..haha dalam beberapa saat sahaja, aku telah di ‘appove’ oleh dia. Tanpa segan silu, aku menegur die di chating box.

nuraisyah aisy :

Salam. Wahh, aiman rupenye name kau ye mamat perasan manis..haahahah nice name anyway ;)




     Dia tak reply masej aku. Dah out agaknya. Azan maghrib berkumandang. Aku menekan butang hibernate dan meluru ke bilik air untuk mengambil wuduk.






****************************






    ''Kak tih, jom pergi. Orang dah ramai tu'', jerit mak aku dari bawah. ''Ok mak, siap dah ni..'', aku dah lama siap sebenarnya, saja lepak dalam bilik baca novel. Tunggu mak panggil. Kalau tak, bosan aku tunggu kat bawah tu.






     Dari jauh aku nampak sepupu aku, Alia. Cantik! Berseri-seri pengantin ni. Usha suami dia pulak kat sebelah dia. Wah, kacak! Memang padan la diorang.. Tiba-tiba mata aku terpandang seseorang. Adam??! Apa dia buat kat sini? Jantung aku berdegup kencang. haha apalah aku ni, apahal cuak sangat??bukan aku patut gembira ke? err aku malu. Janganlah dia nampak aku. Baik aku nyorok belakang mak.






     Tiba-tiba aku rasa dicuit. Nah, sapa pulak yang nak cari gaduh dengan aku ni? Bila aku toleh, oh, Alia rupanya. Bila masa dia datang sini?huhu 


''Oit makcik Aisyah, yang ko dok menyorok belakang maksu ni kenapa?buat lawak je..'' 


''eh, mane ada..aku buang habuk belakang mak aku tadi.ehehe wahh..cantiknya pengantin kita ni..untunglah, dapat laki kacak.keh2''


''haha terima kasih,terima kasih..yang kau tu bila lagi?? eh, kau tau tak, laki aku tu kawan Adam rupanya. Adam yang besfren kau tu. Yang kau selalu dok tayang gambar dia kat aku tu. Tu yang aku boleh cam dia tadi. Laki aku ada cerita, Adam baru je bertunang 3 hari lepas. Kau tu bila pulak??''






err.. tiba-tiba aku rasa aku lambat sikit baru dapat hadam apa yang Alia cakap tadi. A..Adam dah bertunang??! Aku dapat rasakan jantung aku berhenti berdenyut sekejap. Mata aku macam dah mula berkaca. Aku tinggalkan Alia yang masih dok potpetpotpet. Aku tak dapat berpikir. Aku jalan terus balik rumah.






________________________________________________________









*err..bersambung.. hee

*maap laa..panjang sangat. so, aku terpaksa sambungkan die.huhu

*segala komen membina amatlah diharapkan. ni festime aku buat cerpen.


*nantikan sambungannyee~ =p




sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

22 comment(s) to akoo =):

Hanie Dew said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adui.potong stim betul tengah syok berada di plot paling atas ko cakap bersambung..aaaaaaaaaaaaaaa..

n y, best cerpen ko. sampai terus ke dlm jiwa. haha jiwangnya komen aku.

best! sila sambung secepat mungkin. ko kan tgh cuti. jgn bg alasan.

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku suke! terus'n tulis cerpen..

semutsengal said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yang lain ok, cuma cuma.


kenapa jiwang sangat ? Err, ada jiwang ke ?

akoo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Hanie Dew
tq hanie =) aku terpaksa sambung, kalo tak, tertido ko bace nnt..haha


sopia - mekaseh..hee malulah. =p


anep - haha jiwang?dah tajok pon blogger cintann.. =p sambungannye nnt, aku buat tak jiwang sgt ok

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wehh..best cerpen ko weh! keep it up! lps nie sila hantar manuskrip ke jemari seni ye..hehe..ak org first nk beli!muahahaha..

Cik Caah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kenapa adam bertunang? huwaaaaaaaaaaa

Kancil 8349 said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedihnya

epaa chenta said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best (:

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

huii....bez2...pndai ko tulis cerpen...trus kan mnulis...

K said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh, nice. cepat sambung. hehe

budak penjara said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ak nk join g.a mamat masam

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak jugak join ga

untung2 dpt dingurat

alaaaa npe benti tetibe ni

gerammm

Gary Asip said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah2... semua dah pakat buat cerpen sekarang ni... huhu~..

budak penjara said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha..cikgu mane leh posing free style cam murid2..ape la ko ni

akoo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@visitme@FaTiN cOrNeR

tq =) aku memang berminat nak jadi penulis novel.hehe ko tak beli nnt siap lah..=p


cik ca'ah : haha dah itu jodoh die =)


kancil : menjiwai nyee..hehe


epaa : tq awakk =)


ezad : tak sehebat ko..haha


keroro : ko punye cerpen lagi nice..huhu


budak penjara : join la..konpem ko menang tanpa bertanding.


iffah : heeheh panjang sgt..kang tak sanggup nak bace pulokk..

EyqaLuvender said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best!
nnt smbg cpt2 taw...
nway,tQ follow blog kte..=]

ILA HonEyBuNNy said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

slow2 ila baca cerpen neh....

lau novel mst mau jiwang2..hehe,,layan ja..

Woofer Storm said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cerpen kisah benar ke apa ni..hehee

jiwang itu indah jika kena dgn tempatnya...

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

setailo setailo setailo.
buat buat.nanti akan continue sapot. :)

reenapple said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ah.. sweet. aku senyum dan gelak je sepanjang baca cerita kau.. heheh

buat sambungan tau.. =)

Zehan Ilyana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

err..alamak terbaca episode 2 dulu baru baca yg ni hehehe..
takpe..takpe.
takpayah kat adam..
inche aiman da ade..teehee~ :D

akoo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@EyqaLuvender
mekaseh =)


ila : layannn~hehe


woofer : tak la benar sangat.haha cerpen aku ni jiwang kene tempat tak?


mr clive : tenkiu =)


reen : hahah bagus la bole buat ko senyum n gelak.. =)


miss M : haha takpe, mane2 pon bole..

bace jgn xbace ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...