Thursday, January 24, 2013

#kenanganMengusikJiwa

assalamualaikum =]



tiba-tiba tadi aku teringat satu peristiwa.
suatu zaman dahulu..
aku masih di asasi UIA.
and yeah,
sampai sekarang peristiwa itu masih melekat dalam ingatan aku.
tak tahu lah kenapa.




di asasi, aku mengambil jurusan senibina dan rekabentuk alam sekitar
jadi, kami memang dah biasa kena pergi art shop untuk beli barang-barang untuk kelas design.
nak pergi sana memang kena naik teksi atau kereta sendiri.
tiada bas atau lrt ke sana.




jadi, nak dijadikan cerita, aku dan beberapa orang rakan pergi lah ke art shop di suatu hari yang kehujanan.
nak dijadikan cerita lagi, saat kami mahu pulang, hujan masih lebat dan makin lebat.
agak susah untuk meng'cover' board-board dan barang-barang besar yang kami sudah beli daripada dibasahi hujan.




dipendekkan cerita, kami sampai di sebuah bus stop untuk menahan teksi.
malangnya, teksi payah betul nak berhenti di hari-hari hujan lebat begitu.




oh, lupa nak bagitahu, di bus stop tu juga terdapat beberapa orang lelaki.
nampak macam area 20 an umur mereka.
nampak macam geng-geng nakal. u know, macam geng yang naik motor sambil buat aksi superman muka dan dressing mereka.
ah, pedulikan.
mungkin mereka juga nak tunggu teksi.






lama jugak kami tunggu.
gaya macam takde teksi nak ambil kami.




tiba-tiba seorang daripada geng lelaki tadi pergi ke tengah jalan.
tengah-tengah hujan tu. dapat bayang tak?
oh, sampai macam tu sekali dia nak tahan teksi rupanya.
oh man, takkan kami pun kene buat macam tu kut?
konfirm berderet teksi dan bas yang berhenti nanti. heuheu
apa aku merepek ni -.-




ok, kembali pada cerita.
lelaki yang ke tengah jalan dan basah kuyup tadi pun berjaya menahan teksi.
bravo, bravo!



but then..?

jeng jeng jengggg...





dia bukan nak naik pun teksi tu.
eh eh. jangan salah anggap, dia bukan gila.
tapi dia pelik.



dia bagi teksi tu kat kami.
dia tahan teksi tu untuk kami.

....








awesome kan?

HAHAHAHAAHA




dia tolong tahan teksi tuuuuuu!
ayat brader tu, :

''ehh kitorang taknak naik pun, tahan teksi ni untuk korang lah.''
(lebih kurang macam ni la ayat dia)


aku nak cakap gentleman, tapi geli pulak.
what ever it is, it's a good deed lah kan?



macam tak percaya lah. bila tengok cara mereka, dressing mereka.
pelik. apa tah mereka buat kat situ.
lepas dah tahankan teksi tu, mereka blah dari bus stop tu.




jangan hakimi sesuatu buku dengan hanya tengok kulitnya huh?

=]







*err, tajuk saja nak bagi gempak je. peace*








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

4 comment(s) to akoo =):

Rapunzeel Cikilolo said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagusnye mamat tu??

ct kektus said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah. baik orang lelaki sebab tolong tahankan teksi. :)


visitme@FaTiN cOrNeR said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dont judge a car by its driver..hehe..

oo.. student KAED ghopenye..hihi..

hassy chan said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah... gentleman seyh.. zmn skang mne de laki cm tuh...

bace jgn xbace ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...