Thursday, January 31, 2013

.variation.

assalamualaikum.


hey there.



Aku
duduk bersandar
mohon hati turut bersandar
mohon ia lapang
mohon ia tenang
Allah bersama orang yang sabar, sayang.



variasi rasa dalam diri kita
kadang senang 
kadang sedih
kadang girang
kadang hambar
kadang marah.
itu manusia.



keliling aku penuh manusia
mohon aku sabar menghadapi variasi rasa mereka.
mohon mereka juga sabar menghadapi variasi rasa aku.
memanglah penat nak hadap semua tu
penat. aku tau.



tapi kita takkan dapat lari
sesama kita pasti bertembung dalam hidup ini
melainkan kau duduk dalam gua, sepi sendiri.


Staying awake








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, January 26, 2013

.the choices.

assalamualaikum 


apa khabar hati? =]




tiba-tiba hari ni rasa nak update blog. ye lah, time kat rumah ni lah boleh bermanja-manja dengan blog sikit kan.? kalau kat U, susahhhh.. Oh ya, macam biasa jugak, semangat nak update tu dah kental, tapiiii..nak tulis apa pun tak tahu. korek, punya korek punya korek otak (kurniaan Allah, alhamdulillah) , aku rasa nak bebel pasal ''takut vs. hormat''.

spongebob siapa tak kenal?


ada beza kan? of course ada beza. aku skopkan dua perasaan ni dalam hubungan kita sesama manusia lah. sebab apa aku skopkan hubungan sesama manusia? sebab kalau konteks kita dengan Allah s.w.t. kan lain..takut kita terhadap Allah tak sama macam kita takut manusia. takut pada manusia, buat kita semakin menjauhkan diri daripada orang tu tapi takut pada Allah membuatkan kita makin nak dekat dengan Allah. =') awesome kan? subhanAllah.




okay, berbalik pada tajuk. aku secara peribadinya, sangatlah tak suka perasaan takut pada orang. ada ke orang yang suka perasaan tu? huhu takdelah, maksud aku, aku sangat tak setuju dengan orang yang buat orang lain takut pada dia instead of hormat pada dia. mungkin sesetengah orang fikir, bila wujud perasaan takut, automatically rasa hormat pun ada sama. err, seriously?





adengan 1 :

cikgu : semua berdiri ! hari ni kita buat kuiz. siapa tak dapat jawab, rotan lah jawabnya!!

pelajar : gulp gulp gulp~takutnya takutnya! lain kali sebelum masuk kelas, kena baca apa yang dah belajar nihh! '~'




adengan 2 :

pekerja 1 : eh yang kau ni apasal kelam kabut sangat ni? masa rehat ada lagi 10 minit kan?

pekerja 2 : banyaklah kau. bos baru tu bapaklah garangnya. baru jadi bos seminggu, dah 15 orang dia pecat sebab lambat masuk office. takmau aku lambat-lambat lagi dahh..



adengan 3 :

abang : amboi rajinnya lipat-lipat baju di petang yang hening ni.

kakak : takut mak marah





.....

semua adengan kat atas tu aku taip randomly je. mohon tiada yang terasa. hehe 
kalau adengan satu tu, secara jujurnya, aku sendiri alami. dulu lah. seriusly, aku takut betul dengan cikgu tu. hasilnya, memang aku baca notes setiap kali sebelum masuk kelas beliau tapi penuh dengan rasa takut tau. aku rasa macam terpaksa. aku macam main sumbat je apa yang aku baca tu dalam kepala. tak hadam, tak menjiwai. uiks, perlu ke nak jiwa-jiwa dengan pelajaran. HAHA bagi aku, perlu bebeh. kalau subjek yang kita suka, kita akan belajar dengan seronok kan? so, pelajaran tu mudah masuk, kekal dalam kepala. hepi ever after. =p


pendek kata, untuk ketiga-tiga adengan kat atas, aku rasa bila kita penuh dengan rasa takut, perkara yang kita buat tu jadi tak ikhlas. any objection? dan sangatlah berlawanan dengan perkara yang kita buat bila dengan rasa hormat.




adengan 1 :

tak perlulah nak garang-garang sangat dengan pelajar ni bagi aku. aku bukan main cakap je, tapi kita semua pernah lalui kan? macam mana perasaan kita dengan cikgu yang garang dengan perasaan kita terhadap cikgu yang tak garang. maksud tak garang tu, bukanlah bagi muka, tak marah langsung, dan sebagainya. tapi lebih kepada more friendly. tegas tetap ada. batu tak boleh lawan dengan batu kan? pelajar keras kepala takkan cikgu pun nak berkeras jugak. ye dop? then, bila kena pada caranya, pelajar akan lebih hormat guru, ada perasaan yang baik terhadap guru, tenang menerima pelajaran.



adengan 2 :

sampai bila bos nak terus mengugut dengan aci main pecat je pekerja, kan? sampai pejabat tu kosong? hewhew mungkin bila bos sendiri tunjuk dedikasi beliau sebagai seorang pemimpin, pemimpin yang baik, pekerja-pekerjanya akan hormat beliau. bukan nak elak buat kesalahan sebab takut dipecat, tapi sebab berhemahnya seorang ketua tu. sehinggakan timbul rasa bersalah dalam hati anak-anak buah untuk malanggar arahan si bos. =)



adengan 3 : 

mak abah =] yup, aku tau, memang tugas anak-anak untuk ikut cakap ibubapa kan? selagi tak melanggar syariat Islam. tapi, kalau yang tahap garang gila tu, kesiannya anak-anak. aku takut nanti si anak rebel je bila dia dah tak tahan sebab selalu sangat dimarah. mendidik anak-anak biarlah ikut cara Islam. nak pukul anak pun ada caranya kan? dalam tegas mak bapak, still kena jadi kawan jugak kepada anak-anak kan? bukan musuh. =] Islam mengajar kita untuk hormat ibubapa, bukan guna perkataan ''takut'' kepada ibubapa. and i found this blog, check it out; http://cikgusopan.blogspot.com/2012/02/cara-didik-anak-ikut-acuan-islam.html . dalam blog tu, dia bagitahu antara cara didik anak ikut acuan islam.. 





panjang ke entri ni? maafff~ =]
sebagai konklusi, semoga entri ni tak lari tajuk. HAHA sori sori sori kalau ada yang terasa. aku hanya nak berkongsi pendapat. ye lah, siapa lah aku nak cakap cara menjadi seorang guru, aku bukan guru pun. siapa pulak aku nak cakap pasal hubungan bos dengan pekerja. aku belum kerja pun lagi. dan of course siapa aku nak bagitahu cara jaga anak sedangkan aku belum pernah ada pengalaman jadi seorang ummi punn.. =') so, ni semua aku kongsikan melalui pengalaman sebagai seorang pelajar, anak dan sedikit pengetahuan dari pemerhatian.









*adiosssz*






jangan marah, nanti aku takut.






sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Thursday, January 24, 2013

#kenanganMengusikJiwa

assalamualaikum =]



tiba-tiba tadi aku teringat satu peristiwa.
suatu zaman dahulu..
aku masih di asasi UIA.
and yeah,
sampai sekarang peristiwa itu masih melekat dalam ingatan aku.
tak tahu lah kenapa.




di asasi, aku mengambil jurusan senibina dan rekabentuk alam sekitar
jadi, kami memang dah biasa kena pergi art shop untuk beli barang-barang untuk kelas design.
nak pergi sana memang kena naik teksi atau kereta sendiri.
tiada bas atau lrt ke sana.




jadi, nak dijadikan cerita, aku dan beberapa orang rakan pergi lah ke art shop di suatu hari yang kehujanan.
nak dijadikan cerita lagi, saat kami mahu pulang, hujan masih lebat dan makin lebat.
agak susah untuk meng'cover' board-board dan barang-barang besar yang kami sudah beli daripada dibasahi hujan.




dipendekkan cerita, kami sampai di sebuah bus stop untuk menahan teksi.
malangnya, teksi payah betul nak berhenti di hari-hari hujan lebat begitu.




oh, lupa nak bagitahu, di bus stop tu juga terdapat beberapa orang lelaki.
nampak macam area 20 an umur mereka.
nampak macam geng-geng nakal. u know, macam geng yang naik motor sambil buat aksi superman muka dan dressing mereka.
ah, pedulikan.
mungkin mereka juga nak tunggu teksi.






lama jugak kami tunggu.
gaya macam takde teksi nak ambil kami.




tiba-tiba seorang daripada geng lelaki tadi pergi ke tengah jalan.
tengah-tengah hujan tu. dapat bayang tak?
oh, sampai macam tu sekali dia nak tahan teksi rupanya.
oh man, takkan kami pun kene buat macam tu kut?
konfirm berderet teksi dan bas yang berhenti nanti. heuheu
apa aku merepek ni -.-




ok, kembali pada cerita.
lelaki yang ke tengah jalan dan basah kuyup tadi pun berjaya menahan teksi.
bravo, bravo!



but then..?

jeng jeng jengggg...





dia bukan nak naik pun teksi tu.
eh eh. jangan salah anggap, dia bukan gila.
tapi dia pelik.



dia bagi teksi tu kat kami.
dia tahan teksi tu untuk kami.

....








awesome kan?

HAHAHAHAAHA




dia tolong tahan teksi tuuuuuu!
ayat brader tu, :

''ehh kitorang taknak naik pun, tahan teksi ni untuk korang lah.''
(lebih kurang macam ni la ayat dia)


aku nak cakap gentleman, tapi geli pulak.
what ever it is, it's a good deed lah kan?



macam tak percaya lah. bila tengok cara mereka, dressing mereka.
pelik. apa tah mereka buat kat situ.
lepas dah tahankan teksi tu, mereka blah dari bus stop tu.




jangan hakimi sesuatu buku dengan hanya tengok kulitnya huh?

=]







*err, tajuk saja nak bagi gempak je. peace*








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

.our moments.

assalamualaikum..



hohoii
lupakan lah pasal aim masa cuti di entri akoo yang lepas tu.
huhu
ehh tak, bukan maknanya nak buat novel tu tak jadi,
tapi untuk tulis sehari tu 10 m/s tu agak payah lah buat masa sekarang ni.
aku dah lah baru first time nak menulis.
so, aku rasa taknak lah jadikan minat aku yang baru pupuk ni membebankan pulak..
aku akan buat selow-selow..huhu harap-harap korang tak berjanggut untuk tunggu. =p



__________________________________



entri ni nak cakap pasal family, kawan-kawan atau siapa-siapa lah di sekeliling kita.



tadi aku layan cerita sarjan hassan kat TV2 dengan family. say whatttt....~
haahaha 
pelik jugak. biasanya cerita tu tayang time nak-nak dekat hari kemerdekaan kan?hewhew
layan je lah..
kalau korang perasan lah kan, bila dengan family atau pun kawan-kawan, kita tengok cerita apa pun jadi best.
maksud aku, bukan lah jadi best, tapi boleh je layan. 
kalau certain part tu, tak kelakar pun boleh jadi kelakar.
yang kurang kelakar pun boleh jadi kelakar tahap cipanzi.
HAHA sila sedar perkara tersebut sekarang bagi yang belum.




sama jugak macam tadi.
aku tak minat sangat pun cerita p.ramlee.
ade sesetengahnya yang aku suka. tapi ada yang dah banyak kali tengok, boleh bosan kan?
tapi bila kat rumah, benda tu semua dah tolak tepi.
asalkan tengok ramai-ramai dengan keluarga, confirm cerita tu jadi seronok.
serius.





kalau dengan kawan lagi lah nye.
gelak sakan. kan? ha, jangan nak nafikan. huhu
kalau cerita teruk pun, part yang teruk tu lah jadi bahan gelak kita dengan kawan-kawan.
=D [sambil mengutuk2 cerita tu dan pelakonnya..opss~..haha]




tak payah cakap pasal tengok cerita pun takpe.
tengok iklan pun dah cukup
=.=




tengok iklan pun boleh terhibur kalau tengok ramai-ramai.
kan? sila setuju.




''HA HA HA sama lah sangat muka sebelum dengan selepas tu.. lain je aku tengok..''




''siot je iklan ni. HAHAHAHA''




''lisa surihani tu dah sah-sah lawa, gebu, putih berseri..HAHAHA memang percaya punn tengok iklan Jarmierrr nihh''




''boleh pulak dia berlari-lari atas kereta macam industan untuk kejar pempuan tu, nak pulangkan handbag.HAHAHAH lagi.''




''seriusly bila pakai syampu tu rambut jadi gitu? BHAHAHAH komputer je semua nihh''




''mengom punya iklan pad. HAHAHA rasa nak sepak je sapa yang reka iklan nih''





huhu ok. cukuplah. tu antara contohnye je...
ada lagi kan iklan-iklan yang ''kelakar''. haha cuma aku dah tak dapat pikir..




motif entri ni?
hai, takkan tak boleh rasa sendiri kut..huuhu
bagi aku, it is soooo sweet to be with family or friendssss.. =]
do appreciate it (the moment with them) because they always make us smile.









*grammar aku ada salah ke? -.-





.daaa.







sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Thursday, January 17, 2013

writer wannabe hoi.

assalamualaikum.. =]


heyy hepi holidayyy..weeee~


actually exam aku dah habis 11hb lagii
tapi baru tadi petang aku sampai rumah.
huhhu
sounds sadis huh?

no lah..

aku join mukhoiyam (kem)
berbaloi lah. seriusly. first time aku join kem yang bagus (more to islamic way) macam tu.
=') alhamdulillah.




oke sekarang bukan nak cakap pasal mukhoiyam tuu.
sebab kalau nak cerita pasal tu, penat korang nak baca nanti. hiihi



aku nak bagitau satu aim aku untuk cuti sem ni..


jeng jeng jengggg...!




aku nak tulis novel. HHOHO



say whattttt~      
krikkrikkrik



hari tu aku baru join satu kelab penulisan tau..nama dia :
MAARUF PENA.
dari situ aku rasa impian aku yang dah lama memang nak tulis novel, makin menggunung u know..

brader yang kendalikan bengkel penulisan tu dia ade share satu e-book yg dia karang sendiri yang bertajuk; Menulis Novel 30 Hari.


hoooo


konsepnye senang je, sehari tulis 10 mukasurat.
then, 30 hari, kita akan dapat hasilkan 300 m/s novel.... \o/



senanglah sangattttt -.-



malangnya, cuti aku tak sampai 20 hari pun nii.
hhaha tapi, takpe, aku nak teruskan jugak aim aku tu.. at least, aku boleh siapkan more than 100 pages.. emm betul tak? sila cakap ianya betul. 




okdahtataunakcakapape.
sehingga bertemu lagi =]




sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

bace jgn xbace ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...