emm..kali ni aku nk kongsi sket pasal care2 nk kusyuk dalam solat..
bukan ape, yelah kalo kusyuk, barulah bmakne solat kte tu an.. br la dpt rase ketenangan nye..
tp sama ade solat kte tu d trime atau tidak oleh Allah taala, kte tatau..
wallahualam..
sbb tu la kte kene brusehe mdptkan kkusyukan dalam solat supaye brase tenang n ikhlas mjalankan rukun islam kedue tuu..=)
oke,,antare care2 tok kusyuk dalam solat--> ( rujuk sini.. )
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. setkan dalam mind yang solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum).
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
***************************************************
emm..banyak kan care2nye..xpe..kte usehe sket2..lme2 jd bukit..hihi btol dop?
actually,aku nk cakap kali ni pasal care tok kusyuk yg ke-4..iaitu, memahami stiap bacaan dalam solat..
oke,let start with these--
Surat Al-Fātiĥah (The Opener) - سورة الفاتحة
(copy from here)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
**********************************************
~ni yang pndek2 je.. kalo nk tgk maksud bacaan2 yg pnjg bley tgk kat sini..
Angkat takbir
Allah maha besar
Bacaan ketika rukuk
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Tuhanku, ampuni aku sayangi aku tutuplah aib-aibku angkatlah darjatku berilah aku rezeki berilah aku petunjuk sihatkan aku maafkan aku.
***********************************************
=) emm rasenye tu je lah utk ari ni..
smoge ape yg d kongsi ni, akan sme2 kte amalkan yep..
salam..
1 comment(s) to akoo =):
Alhamdulillah...
timaseh for the info. :)
Post a Comment