Tuesday, January 31, 2012

cerpen : blogger cintan.





     Hai, tak bergerak-gerak pun bilangan ‘follower’ aku ni. Sejak dua bulan lepas, asyik lima ratus lebih je. Bila nak cecah ribu-ribu ni... Seperti kebiasaan, aku gemar menghabiskan masa terluang aku dengan blog. Sama ada ’update’ entri, ubah ‘header’, balas komen atau membaca entri rakan-rakan blog yang lain. 




     Name blog aku Aisyah’s story. Dah tujuh tahun aku terlibat dengan dunia blog ni. Walaupun follower aku tidaklah ramai mana, tapi aku bersyukur dan aku gembira kerana aku ada pembaca-pembaca setia yang selalu membaca entri-entri aku. Apa gunanya ramai follower tapi kalau yang rajin baca atau singgah di blog kita, hanya beberapa orang sahaja. Semua tu memang mustahil. Ada ke blogger yang followernya 300, dan kesemua 300 followernya itu komen di setiap entri? Tiada kan? Tapi mesti best kalau perkara itu betul-betul terjadi. Oh,stop dreaming, Aisyah!
            



     Aku menekan butang ‘New Post’. Hari ini aku belum menaip entri baru. Arghhh! Satu masalah besar aku seperti yang aku hadapi sekarang adalah aku selalu kekeringan idea. Huu,teruk betul. Malas la menaip lagi kalau macam ni..baik aku ‘blogwalking’ dulu. Blog pertama yang aku lawati adalah blog Adam. He’s my bestfriend. Kami berkawan sejak sekolah rendah tapi mula berkawan baik ketika di sekolah menengah. Ah, terlalu panjang cerita tentang aku dan dia. Kalau nak bercerita tentang kami mau memerlukan beberapa hari baru habis. Lamunan aku terhenti apabila blog dia mula tersiar. Alaaa, die tak update pon..dah 2 minggu tak update..tau lah bizi dengan PhD..hmm..




     Aku meneruskan blogwalking aku. Blog si Mamat Manis. Nama dia memang mengundang ketawa. Perasan muka manis lah tu.haha. Tapi hakikatnya, inilah blog kesukaan aku. Nama blog die adalah Belog Aku Sorang. Entri-entri die memang selalu buat aku tergelak. Ayat die slamber, kelakar tapi ada isi. Sebab itu lah aku rajin baca blog die dan dalam pada masa yang sama, dia pun rajin komen di blog aku. Pendek kata, dia adalah salah seorang pembaca setia aku. Wah,nampaknya hari ni si Mamat Manis ni ade buat satu GA (Give Away). Hmm,nampak menarik. Syarat-syaratnya :


1)      Buat satu entri bertajuk '' Mamat Manis Nak Bagi GA Woi. So Sweet..’’

2)      Dalam entri anda pastikan ada link untuk pergi ke entri ini. 
(supaya orang lain boleh join sekaki.jangan tamak)

3)      Dalam entri tu, tulis ''blog mengajar aku…………………………………………’’

4)      Tak kesah anda nak buat panjang mana.
(kalau panjang sangat sampai aku tak larat nak baca, anda di disqualified.muahahah)

Contoh : blog mengajar aku mengenal erti cinta. (haha tibe2) kerana ramai blogger suka tulis pasal cinta.blablabalaaa 


5)      Buat seikhlas hati =)

6)      Kemudian, dah siap, bolehlah tinggalkan link entri anda itu pada ruangan komen di bawah tu ye..

7)      Pemenang akan dipilih mengikut ikut suka aku.haha maksudnya, mana yang ayatnya menarik hati aku akan menang. Jangan risau, aku seorang yang adil. ;)
 

 Hadiahnya = rahsia.. (haha ntah-ntah tros takde orang yang nak join) hadiahnya bes wei.tak tipu. Tapi aku taknak bagitau. Surprise!



     Aku tersenyum. Menarik. Dia ni tau-tau je aku tengah kering idea..boleh la aku join GA ni dengan jayanya.hehe.. Aku pun mula menaip entri tersebut,



Mamat Manis Nak Bagi GA Woi. So Sweet.(muntah sekejap)

Assalamualaikum..

Haha sila muntah dengan tajuk GA ni..contest ni dianjurkan oleh si Mamat Bajet Manis. Ni adalah first time die wat GA. So, marilah kite beramai2 support beliau yep? (weh, aku promote ko ni, markah kasi lebeh =p haha) *kidding*  
So, soalannye adalah, ''blog mengajar aku .....’’ 

Aisyah said : blog mengajar aku –

-          Taip perkataan penuh-penuh. (yelah, sebelum ni aku taip singkat-singkat je tapi bila dah lame berkecimpung dalam dunia blog ni *ecece* barulah aku belajar pentingnya eja penuh-penuh ni..takdelah pening + annoying orang nak bace blog kite..ye tak?)

-          Menggunakan otak dengan lebih menyeluruh. (haaha mane taknye, korang ingat senang ke nak update blog??mau botak kepala aku memikirkan mende yang nak ditulis setiap hari.hmm bagus rupenye buat blog nih..hhehe)

-          Menjadi lebih cekal. *ayat tak boleh bla* ( sape yang tak penah sentap sepanjang menulis di blog, angkat telinga! Huhu hebat ah sape yang tak pernah..aku? mestilah pernah. Kadang tu, orang ade berape ketul je komen entri aku, sentap! Kadang tu, yang komen, nak pedas2 je, sentap! Kadang tu aku tag orang, tapi orang tak buat tag tu, sentap! Kadang tu, aku masok GA tapi tak menang, sentap! Hhahahaha *yang last tu aku tipu* =p )

 Okelah..itu je kot buat mase ni.. tak menang takpe..janji aku ade modal untuk update blog.muahahahah


     Dah. Siap. Aku terus publish post dan hantar link ke blog Mamat Manis. Blogwalking sudah, update sudah. Cukup lah tu. Aku shut down laptop. Dah pukul 12.30 malam ni. Masa untuk tidur. 






*********************************









    Setelah selesai menunaikan solat subuh, aku tak tahu nak buat apa. Nak buat sarapan, awal lagi. Nak mandi, sejuk. Nak tidur, tak mengantuk.hmmm..Daripada aku terus mengelamun, baik aku layan blog. Macam biasa, jari aku pantas menaip url blog Adam. Wah, dia dah update lahh.


Belum masanya.


Assalamualaikum..


Lamenye aku tak update blog..bersawang2 dah nie..ekekeke.. takpelah, bukan ade orang kesah pon.. aku bizi sangatlah..ni barulah ade mase nak rilek sikit..


Semalam aku dapat satu kad jemputan. Dari kawan sekelas di matrik dulu. Die dah nak kawin ohh.. untunglaaa… aku?err..belum masenye.


p/s – mak dah tanye ade calon da ke? =.=’’ orang muda lagi laa makkk..baru 26 taon..






            Mula-mula aku tersengih-sengih baca entri dia, tapi lepas tu, senyuman aku mati. Aku tak tahu kenapa. Adam,adam..kalaulah kau tahu..huhh.. ape lah yang kau fikir agaknya, Adam..aku teringin nak tahu. Dengan ringannya tangan aku menaip entri baru,


Tell me lah.


Assalamualaikum.


Dear kamu,I’m not a mind-reader. Do let me know what’s in your mind. Please.

Kbai.


     Aku dah takde mood nak blogwalking. Nanti-nantilah. Aku mencapai tuala dan terus ke bilik air. Lantak lah sejuk ke apa ke. Lepas ni boleh terus siapkan sarapan, makan dan kemas rumah. Ada juga faedahnya.




************************************




     Pejam celik pejam celik, seminggu dah berlalu. Aku pulang ke rumah awal hari ni kerana mahu berkejar balik ke kampung di Pahang. sepupu aku kahwin esok. Tapi sebelum tu, aku sempatkan diri untuk buka blog dulu. Huishh apesal aku rasa macam ramai daripada biasa komen kali ni?? Bila aku buka, oh! Rupa-rupanya aku telah memenangi GA yang dianjurkan oleh si Mamat Manis hari tu. Aku tersenyum girang. Patutlah ramai yang komen. Takpelah, nanti aku tengok semula, kejar masa nih.




     Sampai sahaja di kampung, memang seronok. Meriah. Aku yang kepenatan, terus masuk ke dalam bilik. Mandi, solat dan berehat. Aku buka kembali blog aku yang aku tak sempat explore tadi. Oh, ada lagi satu komen baru. Dari si Mamat Manis. Die minta aku add dia di fb untuk memudahkan urusan pemberian hadiah GA dia. Alamakk..ni yang aku malas ni. Aku takde pon add kawan blogger kat fb sebelum-sebelum ni. Malas. Hmm tapi ni macam terpaksa je..layan lah, Aisyah. Bukannya apa sangat pun.

          



  Oh, Aiman rupanya nama sebenar si Mamat Manis ni..haha dalam beberapa saat sahaja, aku telah di ‘appove’ oleh dia. Tanpa segan silu, aku menegur die di chating box.

nuraisyah aisy :

Salam. Wahh, aiman rupenye name kau ye mamat perasan manis..haahahah nice name anyway ;)




     Dia tak reply masej aku. Dah out agaknya. Azan maghrib berkumandang. Aku menekan butang hibernate dan meluru ke bilik air untuk mengambil wuduk.






****************************






    ''Kak tih, jom pergi. Orang dah ramai tu'', jerit mak aku dari bawah. ''Ok mak, siap dah ni..'', aku dah lama siap sebenarnya, saja lepak dalam bilik baca novel. Tunggu mak panggil. Kalau tak, bosan aku tunggu kat bawah tu.






     Dari jauh aku nampak sepupu aku, Alia. Cantik! Berseri-seri pengantin ni. Usha suami dia pulak kat sebelah dia. Wah, kacak! Memang padan la diorang.. Tiba-tiba mata aku terpandang seseorang. Adam??! Apa dia buat kat sini? Jantung aku berdegup kencang. haha apalah aku ni, apahal cuak sangat??bukan aku patut gembira ke? err aku malu. Janganlah dia nampak aku. Baik aku nyorok belakang mak.






     Tiba-tiba aku rasa dicuit. Nah, sapa pulak yang nak cari gaduh dengan aku ni? Bila aku toleh, oh, Alia rupanya. Bila masa dia datang sini?huhu 


''Oit makcik Aisyah, yang ko dok menyorok belakang maksu ni kenapa?buat lawak je..'' 


''eh, mane ada..aku buang habuk belakang mak aku tadi.ehehe wahh..cantiknya pengantin kita ni..untunglah, dapat laki kacak.keh2''


''haha terima kasih,terima kasih..yang kau tu bila lagi?? eh, kau tau tak, laki aku tu kawan Adam rupanya. Adam yang besfren kau tu. Yang kau selalu dok tayang gambar dia kat aku tu. Tu yang aku boleh cam dia tadi. Laki aku ada cerita, Adam baru je bertunang 3 hari lepas. Kau tu bila pulak??''






err.. tiba-tiba aku rasa aku lambat sikit baru dapat hadam apa yang Alia cakap tadi. A..Adam dah bertunang??! Aku dapat rasakan jantung aku berhenti berdenyut sekejap. Mata aku macam dah mula berkaca. Aku tinggalkan Alia yang masih dok potpetpotpet. Aku tak dapat berpikir. Aku jalan terus balik rumah.






________________________________________________________









*err..bersambung.. hee

*maap laa..panjang sangat. so, aku terpaksa sambungkan die.huhu

*segala komen membina amatlah diharapkan. ni festime aku buat cerpen.


*nantikan sambungannyee~ =p




sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Monday, January 30, 2012

support gua .

assalamualaikum.


maaf kalau ade yang tak suke dengan entri aku sebelum ni.


aku takde idea nak update ape dah..


so, aku ingat nak try tulis cerpen macam sis iffah , keroro dan sebagainye.
=)



korang support gua ye?

MyEm0.Com
bace cerpen aku tau










hee.





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Friday, January 27, 2012

saranghae!

assalamualaikum.



setelah kukorek-korek otakku selama beberapa jam, ternyata aku masih tak tau nak update ape malam ni. lantas, aku bukak facebook untuk mencari idea daripada status2 kawan-kawanku. namun, hasilnya masih tiada. aku hampa. 



tiba-tiba, mataku tertancap pada satu gambar yang diupload oleh seorang kawanku. oh,gambar die bersama kawan-kawannya dengan berlatar belakangkan air terjun. apa yang menarik perhatianku adalah, cara mereka bergambar -


aishiteruuuuu


semuanya bergaya dengan posisi tersebut. mengapakah mende itu yang menarik perhatianku??
kerana aku sangat tidak suka dengan gaya tersebut. biasanya perempuan yang suka tangkap gambar begini bukan? tetapi tidak aku. aku terase geli untuk melakukannya. lagi satu adalah seperti ini -


saranghae!


gaya ini dilakukan berpasangan. oh.yang ini juga aku tak suka.. kenapa perlu tangkap gambar begitu?? jawapannya ada pada anda. yang penting jangan libatkan saya. akhir sekali, gaya i.love.u yang tidak terlalu keterlaluan adalah -


wo ai nee


yang ini, takdelah geli sangat kot. *tapi geli juga sedikit. gaya ini lebih sopan dan ayu.mungkin. tapi kalau tak buat langsung ketiga-tiga gaya di atas lebih bagus. tidaklah berbulu tekak orang lain melihat gambar kite.ye ?


gaya thumbs up :)



sekian.tidak berniat untuk mengata sesiapa. maaf andai tersinggung. aku hanya mahu meluahkan apa yang aku rasa.



*kadang2 kite terpaksa merapu di blog.
*mood = hari ni ayat agak sastera.






sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

.responsiblity

assalamualaikum.





korang..jom!

nak pergi mane?

hehe takde lah, aku nak ajak korang join satu contest.

Pertandingan Poster Dakwah kat facebook.

boleh tengok kat [sini]


alang-alang ade pertandingan yang baik macam tu, bagus jugak kalau kite join..ye dop?

ye lah, jangan lupe tanggungjawab kite untuk berdakwah.

dalam blog ni , jarang- jarang je kite berdakwah..kadang-kadang merapu je..*terase aku*

so, dalam contest ni, kite bole berdakwah melalui kreativiti kite..menarik kann =)



MyEm0.Com


jangan nak gune ayat ni '' aku tak kreatif laa..blablabla~ ''
huhu bukannye nak suruh buat giler cantek tahap gaban pon..
tak menang takpe..janji mesej dakwah tu sampai.. oke?
simple is nice. :)



Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)














*eh.ini bukan paksaan. tapi ajakan :)








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Wednesday, January 25, 2012

u give me,then, i give u.

assalamualaikum..












nazar.


hukum bernazar = makruh

tapi bila dah bernazar, wajib buat.


kenape makruh?

hari tu ustaz tilawah aku ade cakap pasal nazar ni..die cakap, nazar ni jadi makruh sebab bile kite nazar, contohnye dalam gambar kat atas tu,bunyi nye macam kite yang bagi tawaran kat Allah (nak buat pertukaran dengan Allah)-


''Ya Allah, kalau kau bagi aku 4flat, aku puasa 6hari berturut-turut''

macam kite pulak yang nak bagi ganjaran puasa kat Allah.
sedangkan Allah yang memberikan segala benda kat kite.





MyEm0.Com

err.paham ke?
huhu aku tak engat sangat ustaz cakap camane sebenanye..tapi ape yg aku paham, macam tu lah.

pastu tadi, aku search la sket pasal nazar..


oh. rupenye nazar terbahagi kepada dua :

-nazar mutlak
-nazar mu'allaq


yang makruh macam kat atas tu adalah nazar mu'allaq.
untuk penerangan lebih lanjut boeh tengok - [sumber] dan [sumber]



*so, kesimpulannye tak payah lah bernazar (mu'allaq)


*Makruh ialah amalan yang apabila dikerjakan oleh seseorang, dia tidak dapat dosa dan akan diberi pahala jika meninggalkannya. [link] [link]




*semoge tilawah aku lulus.huhu - result keluar 31hb*










sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Tuesday, January 24, 2012

so funny. ha. ha.

assalamualaikum..




sesetengah perkara tak bole dibuat lawak bro.





so funny huh?




gamba ni aku print screen dari satu page kelakar kat FB..


make fun of other people is totally not funny.serious.










*btw, i'm not the fan of JB oke. jangan salah paham.

mood = malas nak tulis panjang2.huhu












sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Saturday, January 21, 2012

.neutralkan diri anda.

assalamualaikum..


hari tu, akak naqibah aku ade bagitahu
kalau nak buat istikharah untuk diberi petunjuk dalam jodoh kite ,
kite kene NEUTRAL.


ape yang dimaksudkan dengan neutral?


neutral tu maksodnye, kite tidak cenderung ke mane-mane pihak.
takde lelaki / perempuan yang kite harapkan dalam kepala kite.


yelah, kalau kite memang asyik fikirkan si dia, memang bayangan die je lah yang muncul kann..
macam tak berkesanlah istikharah tu.





*aku rase aku tergolong dalam orang yang tak neutral sekarang nih =.='





Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
aamiiin.

edited from iluvislam.com








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Thursday, January 19, 2012

Andai aku seorang artis.

assalamualaikum =)


andai aku seorang artis??
errr~


haha taknak pon jadik artis.
siyes.

knape?


serabut.




bile jadi artis =


1) tak boleh jawab ''no komen''

artis kan sokmo dengan jawapan no komennye..biasenye bile part kisah cinta diorang lah.. yang wartawan2 dan orang ramai pulak tak nak terime jawapan tu..so, cerita cinta artis tu akan dikorek2 hingga ke lubang cacing yang paling bawah..sampailah jawapan selain ''no komen'' didapati.
huhu serabut kan? 
kalo bukan artis, senang je..orang tanye, aku jawab je no komen. kisah cinte aku. none of ur bisnes..hahah




2) keaiban disebar2kan

jadi artis, punggung kene raba pon jadi berita hangat, gempar, ditulis dalam akhbar, majalah, twitter, blog, facebook dan sebagainye. huh. tak rase ke itu satu aib?? tak paham lah.




3) yang betul jadi salah, yang salah jadi betul.

jadi artis- rumah kene rompak pon, dikatakan berlakon. pura2 dirompak.?? huhu sadis giler. ade bukti ke cakap macam tu? kalo takde, tahniah. anda sedang memfitnah.





hmm..ape lagi ea? banyak lagi keserabutan melanda bile jadi artis ni sebenanye kan.. lu pikir la sendiri..



kesimpulan - besyukurlah kite bukan artis.





*mood- tak paham dengan pemikiran manusia*





sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

tenkiu brader..

assalamualaikum..

=)


huuu semalam tak sempat nak buat wordless wednesday.
sebab streamyx wifi ni meragam..
takleh online lgsong..


pastu tadi orang dari telekom datang umah..
baiki2..
dah elok! yeay~


=D alhamdulillah..


tapi aku rase, ade hikmah jugak aku tak dapat update semlm..
sebab aku tak tau pon nak letak gamba ape utk WW..
hahhaha




tenkiu brader telekom..hee

MyEm0.Com







sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

Tuesday, January 17, 2012

.sorry la woi.

assalamualaikum. =)


tengok ni ayat ni -

‎''Sorry is the most useless word. No matter how many times you say it, it will never gonna reverse the damage you've done''




huhuu 

kesian ''sorry''.
dapat pangkat ''useless''.









ye, memang la betul kan, cakap 'sorry'' tak dapat putar balik mase.
tak dapat baiki mende yang dah rosak.
tak dapat angkat mende yang dah jatuh.
tak dapat cuci mende yang dah kotor.

dan sebagainya.





because, it is just a WORD.
bukannye sejenis ACTION.
ataupun MAGIC ?
hahhaha 


(maaf, tpengaruh ngan citer wizards of waverly place the movie tadi..heheh)




tapi, manusia tak lepas dari melakukan kesilapan bro.
so, itulah fungsi perkataan MAAF tuu..




perkataan tu, bagi aku 
adalah satu tande seseorang tu menyesal.
(kalo die betul2 maksodkan n ikhlas mintak maaf laa)
untuk kesilapan yang tak disengajakan.
atau kesalahan yang dilakukan tanpa sedar.


hmm.



kesimpulannye,
sorry k?
=p




*tapi ade orang ingatkan aku-
''.tp kalau x blajar dari kesilapan n asyik cakap sorry pun x guna jugak ;)  ''

betol3..




*sedeh kan, bile kite mintak maap terhadap ksilapan yg kite tak sgaje buat, org tu still marah.huu








sebarang salah dan silap, harap d maafkan =)

bace jgn xbace ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...